Ahad, 2 Julai 2023

RASUAH WAJIB DI LAWAN


Pengusaha pelancongan gesa semak semula SOP di balai ketibaan

PEMAIN industri pelancongan menyeru Putrajaya menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi pelancong berikutan pendedahan menteri Tiong King Sing mengenai rasuah dan salah guna kuasa membabitkan kakitangan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut mereka, pihak mereka turut menerima banyak aduan daripada pengembara dan pihak berkepentingan mengenai dakwaan salah guna kuasa di balai ketibaan.

Semalam Tiong, yang merupakan menteri pelancongan, seni dan budaya, berkata lawatannya ke KLIA baru-baru ini mendedahkan “budaya rasuah oleh beberapa pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik”.

Beliau mendakwa pegawai imigresen meminta sebanyak RM3,000 untuk membebaskan pengembara yang telah ditahan, dengan tambahan RM3,000 perlu dibayar sekiranya pengembara itu ingin pulang ke negara asal dengan segera.

Setiausaha Agung Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Nigel Wong berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa menambah baik SOP dengan menyediakan garis panduan yang telus serta penterjemah yang boleh dipercayai untuk membantu pelancong masuk ke negara ini.

Beliau menambah terdapat isu lama yang tidak dapat diselesaikan dengan jabatan imigresen, dan meminta penambahbaikan segera.

“Kami menerima laporan daripada pelbagai pihak bahawa tiada SOP yang jelas, pelancong diarah berpatah balik tanpa alasan yang sah atau kukuh.

“Kami merasakan bahawa perlu ada SOP dan bantuan yang telus, terutamanya dari segi bahasa,” kata Wong.

Menurutnya lebih banyak perlu dilakukan untuk menghapuskan unsur rasuah bagi meningkatkan keyakinan pelancong.

“Jika kita boleh menurunkan indeks rasuah, pasti keyakinan akan datang. Buat masa ini indeks kita rendah. Dengan kejadian seperti ini, saya tidak fikir ia akan menaikkan indeks kita kerana lebih banyak perlu dilakukan,” katanya.

Tiong menjadi tumpuan berita baru-baru ini kerana didakwa masuk ke balai ketibaan tanpa pas untuk membantu seorang warga China yang ditahan.

Beliau bagaimanapun menjelaskan kehadirannya di balai ketibaan KLIA mendedahkan budaya rasuah oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik.

Tambahnya, beliau akan memberikan butiran terperinci kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata suruhanjaya itu akan menyiasat aduan berkenaan. – 2 Julai, 2023

RASUAH 

DI MANA MANA

WAJIB DI LAWAN

AMIN

SOALANNYA

BAGAIMANA 

PELANCUNG CHINA

INI DAPAT HUBUNG

MENTERI

AMIN

CARA MASUK

KE TANAH MELAYU

WAJIB DI JAGA

AMIN

BOLEHKAN AGEN

PELANCUNGAN

JAMIN PELANCUNG

DARI CHINA MERAH

AKAN PULANG ?

AMIN

INI BAHAYA 

UNTUK NEGARA

KHALAS

Tiada ulasan: