Ahad, 2 Julai 2023


Polis buka kertas siasatan kes perlahankan laungan azan di P.Pinang


POLIS membuka kertas siasatan berhubung laporan terhadap seorang lelaki yang meminta memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar di Sungai Puyu, Butterworth di Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Siti Nor Salawati Saad berkata kertas siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

“Polis kesan melalui media sosial pada hari ini berhubung penyebaran menuntut agar masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu, Butterworth dalam daerah SPU.

“Sebelum ini, pada 28 Jun satu laporan polis dibuat oleh seorang penduduk tempatan berkaitan tindakan seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali memintanya memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam.

Katanya, polis juga boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama, 1 Julai, 2023.

WOIT

ISU INI AKAN

JADI ISU KEMPEN

PRN

KHALAS

Tiada ulasan: