Menteri ugut ‘buang pangkat’, pegawai imigresen jelaskan kenapa warga China dihalang masuk
Seorang penolong penguasa imigresen tampil menjelaskan lebih lanjut mengenai insiden yang berlaku baru-baru ini melibatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, mengatakan beliau telah mengancam untuk “membuang pangkat” seorang pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana menolak kemasukan warga China yang tidak memenuhi syarat visa.
Syahmi Syafie Md Nazmil dalam laporan polis turut menafikan dakwaan Tiong mengenai amalan rasuah yang berleluasa di lapangan terbang itu, sambil berkata pelancong berkenaan yang merupakan seorang wanita warga China bernama Wang Xue, bukan sahaja gagal mengemukakan tiket pergi dan balik seperti dikehendaki ke atas warga asing yang memasuki negara ini, malah tidak dapat menyatakan dengan jelas mengenai penginapannya semasa di Malaysia.
Syahmi dalam laporan polisnya berkata berikutan masalah komunikasi, Wang Xue menjawab soalan melalui jurubahasa melalui telefonnya, yang dikenali Syahmi sebagai Emma.
Menurut Emma, wanita tersebut datang ke Malaysia untuk menjaga anaknya.
Namun begitu, Syahmi berkata Tiong enggan memberi peluang kepada pegawai imigresen terbabit untuk memberi penjelasan, sebaliknya menuduhnya meminta rasuah sebanyak RM3,000.
“Beliau juga memarahi pegawai kanan serta penyelia yang menolak kemasukan subjek dan mengatakan 'you are the culprit' serta membuat tuduhan yang tidak berasas dengan menyatakan pegawai meminta wang sebanyak RM3,000 melalui ejen untuk membebaskan subjek masuk ke Malaysia,” lapor Astro Awani memetik Syahmi sebagai berkata dalam laporan polisnya
Syahmi juga memberitahu, Tiong turut mengugut untuk membuang pangkat pegawai itu dan mengeluarkan “pelbagai kata-kata yang menjatuhkan air muka pegawai di hadapan pegawai lain serta orang awam yang berada dalam pejabat pada ketika itu”.
Syahmi berkata notis penolakan masuk ke atas wanita itu telah dimansuhkan berikutan campur tangan Tiong, sambil menambah bahawa sebarang arahan untuk membatalkan sekatan kemasukan hanya boleh dibuat oleh ketua pengarah imigresen
2 ulasan:
Ada 2 kemungkinan jenis hubungan.. pertama hubungan burit, kedua hubungan duit.. keh keh keh
https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/06/30/tiong-i-had-to-step-in-personally-over-klia-incident
Catat Ulasan