Sabtu, 26 Ogos 2023

IVERMECTIN BERJAYA MELAWAN KOBID


Mahkamah Rayuan putuskan doktor berhak guna Ivermectin kemenangan besar pengamal perubatan- MAAFIM

SERI KEMBANGAN – Persatuan Kemajuan Perubatan Fungsian dan Antara Disiplin Malaysia (MAAFIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan semalam memutuskan bahawa doktor berhak menggunakan Ivermectin sebagai sebahagian daripada rawatan kepada pesakit.

Presidennya, Dr. Paramjit Kaur berkata, keputusan yang dibuat panel tiga hakim di Putrajaya semalam adalah kemenangan besar buat para pengamal perubatan yang menggunakan ubat berkenaan untuk merawat pesakit mereka.

“Ini adalah kemenangan besar buat MAAFIM, doktor tidak melakukan kesalahan dengan menggunakan ubat ini untuk mengubati pesakit, keputusan ini atas usaha semua pihak telah lalukan,” katanya dalam sidang media keputusan mahkamah mengenai Ivernectin, semalam.

Paramjit berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam memutuskan bahawa doktor berhak menggunakan Ivermectin sebagai sebahagian daripada rawatan kepada pesakit.

Turut hadir adalah Naib Presiden MAAFIM, Dr. Vijayendreh Subramaniam, ahli bersekutu MAAFIM, Prof. Mustafa Ali Mohd dan penaung, Tan Sri Lee Kim Yew.

Dalam pada itu, peguam mewakili MAAFIM, Datuk Gurdial Singh Nijar berkata, ketika keputusan itu dibuat, sudah ramai para pengamal perubatan yang telah didakwa dan diarahkan membayar denda.

“Para doktor telah dikenakan tindakan dan bayar denda kerana menggunakan Ivermactin di seluruh negara, dan ramai doktor sudah bayar denda,” katanya dalam sidang media sama.

Prof. Mustafa Ali pula berkata, keputusan ini membolehkan doktor untuk terus memberikan Ivermectin kepada pesakit masing-masing khususnya kepada pesakit Covid-19.

“Apa-apa penyakit berkaitan dengan Covid-19 sekarang kita bebas untuk memberikan apa-apa ubat untuk bantu pesakit,” katanya.

Panel tiga hakim semalam berpendapat, pengamal perubatan berdaftar boleh memberikan Ivermectin kepada pesakit hanya untuk tujuan rawatan, dan dengan mematuhi Seksyen 19 Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Racun 1952.

Keputusan itu dibuat bagi menjawab dua persoalan dikemukakan kepada mahkamah dalam rayuan oleh Dr S Vijaendran, Presiden Persatuan Kemajuan Perubatan Fungsian dan Antara Disiplin Malaysia (MAAFIM), dan Dr Che Amir Farid Che Isahak.

“Kami menjawab (dua persoalan) ini secara afirmatif,” kata Hakim Abu Bakar Jais ketika menyampaikan alasan ringkas bagi keputusan mahkamah.

“Kami sebulat suara (mempersetujui) bahawa berlaku kesilapan yang boleh dirayu (dibuat) oleh Mahkamah Tinggi,” katanya lagi.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil dan Collin Lawrence Sequerah mendengar hujahan pada 24 Mei.

Untuk rekod, kes ini timbul selepas pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) menyerbu sebuah klinik kendalian Dr Che Amir di Ampang dua tahun lepas ketika kemuncak wabak Covid-19, berikutan laporan keracunan akut dan kesukaran bernafas yang didakwa dialami dua pesakit.

Pegawai KKM merampas Ivermectin yang ditemui di klinik itu atas alasan ia bukan produk berdaftar.

Mereka juga mendakwa, doktor itu tidak dibenarkan menjual atau memberikan ubat itu kepada pesakit, mengikut undang-undang.

Dr Che Amir kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret kerana menjual dan mengedar ubat itu. 

INI KONSPIRASI

SYARIKAT UBAT

LARANG IVERMECTIN

DARI DIGUNA LAWAN

KOBID

AMIN

INI KERJA JAHAT

KAPITALIS UBAT

AMIN

SAMA MACAM

LARANG GANJA

DAN KETUM

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

senang cerita covid punya pasal semua ubat boleh buat duit.. kah kah kah