Selasa, 29 Ogos 2023

LAWAN JANGAN TAK LAWAN !!!


Penduduk Rawang bantah projek insinerator, mahu MB Selangor campur tangan

PENDUDUK Rawang membantah cadangan projek pembinaan insinerator di kawasan perumahan mereka atas faktor kesihatan, selain ia boleh mencemar alam sekitar.

Cadangan pembinaan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah bernilai RM4.5 juta itu mendapat bantahan penduduk di Batu Arang, M Residence, Kota Puteri dan Bandar Tasik Puteri, dan memohon campur tangan Menteri Besar Selangor Aminudin Shari supaya projek itu dihentikan.

Jurucakap Rawang Tolak Insinerator (RTI) Abdul Hanan Abd Mokti berkata mereka dimaklumkan mengenai projek berkenaan pada Julai lalu oleh penduduk yang dijemput ke sesi taklimat bersama pemaju.

“Pemaju jalankan sesi libat urus membabitkan 17 pihak pada awal bulan lepas.

“Cuma wakil daripada dua kawasan perumahan yang dijemput sedangkan di sini ada banyak kawasan perumahan, jadi kami hanya dapat maklumat daripada mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurut Abdul Hanan, projek melibatkan kawasan seluas 245 ekar akan dibangunkan oleh Kelab Darul Ehsan Bhd (KDEB) Waste Management dan YTL Power International Bhd.

“Projek ini masih di peringkat cadangan, di mana pemaju sedang menyediakan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

“Kami tidak tahu bila laporan itu akan diserahkan (kepada kerajaan negeri),” jelas beliau.


Memudaratkan alam sekitar dan kesihatan

Mengikut cadangan pemaju, insinerator yang dicadang dibina itu akan diselia dengan ketat dari segi pelepasan gas serta pelupusan abu bawah (bottom ash) abu terbang (fly ash), kata Abdul Hanan.

“Bagaimanapun apa yang kami bimbangkan ialah budaya penyelenggaraan dan pematuhan (oleh pemaju).

“Sekiranya indeks prestasi utama (KPI) dan fungsi kawalan tidak dikuatkuasakan dengan ketat, dikhuatiri akan menyebabkan masalah pelepasan gas dan kawalan bahan buangan,” katanya.

Tambah beliau, kebimbangan penduduk itu wajar diberi perhatian kerana abu terbang mengandungi bahan kimia berbahaya.

“Kesan lain yang kita bimbangkan ialah kemungkinan terdapat bahan larut lesap daripada insinerator dan pengumpulan sampah.

“Ini boleh mencemarkan air tanah (ground water) dan sungai.

“Insinerator juga akan dibina di sebelah tasik yang mana berisiko tinggi untuk berlaku pencemaran,” jelas Abdul Hanan.

Selain itu katanya, insinerator yang dicadangkan itu akan memproses 2,400 tan sisa sehari, bermakna sebanyak 120 buah lori dari seluruh Selangor akan keluar masuk setiap hari.

“Ini juga akan menjejaskan nilai hartanah kami. Perumahan yang paling hampir dengan insinerator ialah Batu Arang yang mempunyai kira-kira 5,000 penduduk; diikuti Bandar Tasik Puteri (120,000) dan Bandar Country Homes (150,000); yang kesemuanya terletak dalam radius 5km dari insinerator.

“Ada juga rumah yang terletak kira-kira 500m dari tapak projek, jadi sebab itulah penduduk membantah projek ini,” ujar Abdul Hanan. – 29 Ogos 2023.

BANTAH JANGAN

TAK BANTAH

AMIN

LAWAN JANGAN

TAK LAWAN

AMIN

JIKA DEGIL

DEMO JANGAN

TKA DEMO

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila masih menganut iman konsemeris iaitu semua benda dalam kedai nak dibeli dan himpun dalam rumah, loji bakar sampah tak boleh tidak dibuat. ini urat darah kapital. beli buang beli lagi. mahu loji ini tak ada? atau pusat timbun sampah tak ada? berhenti beli sampah. hidup ringkas. tanam tuai buat sendiri. jalan kaki naik bas. semua benda yang dianggap moden adalah sampahvdanbsarap. tenang dan kosong hidup. tumpu usaha tingkatkan diri pandaikan bangsa bukan kumpul sampah dalam rumah.