Selasa, 29 Ogos 2023

AKIBAT TAK HAFAL HADIS NAWAWI




Bayi lelaki ditinggalkan di luar pagar pusat tahfiz

JERTIH –  Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan di atas wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dekat Kampung Batu Tumbuh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, bayi itu ditemukan orang awam yang sedang mengecat pusat tahfiz berkenaan pada pukul 8 pagi tadi.

“Semasa lelaki itu melakukan kerja-kerja mengecat di dalam pusat tahfiz berkenaan, dia terdengar jeritan suara bayi. Pengadu kemudiannya mengikuti suara dan terjumpa bayi lelaki yang berbungkus dengan kain merah diletakkan di dalam bekas plastik juga berwarna merah di wakaf luar pagar pusat tahfiz.

“Pengadu terus menghubungi balai polis. Pengadu juga mengatakan tidak nampak sesiapa yang meletakkan bayi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bayi seberat 2.6 kilogram yang dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh sekitar 48 jam.

“Bangsa tidak dapat dipastikan, dan semasa diterima tali pusat bayi masih belum di potong. Ia hanya disimpulkan serta terdapat jangkitan kuman pada tali pusat bayi itu,” katanya dan menambah bayi itu telah dibawa ke Hospital Besut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Izzati Arina Zahari dengan menelefon 09-695 9999. – BERNAMA

WOIT

SATU LAGI

BAYI DARI SWEDEN

KAH KAH KAH

ATAU KALI INI

DARI FINLAND

KAH KAH KAH

 NEGARA INI

MAKAN BABI

TAK CAYA TUHAN

MAIN BONTOT

TAK AMAL 

HADIS NAWAWI

KAH KAH KAH

ITU SEBAB BAYI

DIBUANG

KAH KAH KAH

KALAU HAFAL

HADIS NAWAWI

WALAU PUN TIGA

PASTI BAYI

AKAN KENAL

AYAH & EMAK

KANDUNG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: