Selasa, 29 Ogos 2023

BILA MAT MASLAN BERSUARA




Tiada faedah sokong pembangkang, kata Ahmad Maslan

PENGUNDI pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda bahawa mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

“Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram perlu berada di bawah kerajaan bukan pembangkang, begitu juga Parlimen Pulai perlu berada dalam kerajaan, bukan berada dalam pembangkang, oleh itu jika pengundi sokong Perikatan Nasional (PN) bererti mereka sokong pembangkang yang tak ada faedah apa pun.

“Jika mereka (pengundi) pilih calon Kerajaan Perpaduan, mereka pilih pembangunan, perpaduan dan kerserasian antara kerajaan pusat dan negeri dan mereka pilih wakil rakyat yang boleh selesaikan masalah mereka dengan mudah,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program ceramah kelompok DUN Simpang Jeram bersama calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman di Taman Sri Kasih di Muar malam tadi, yang turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu. 

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Persaingan merebut kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, antara PH, PN dan calon Bebas.  – Bernama, 29 Ogos, 2023.

WOIT

INI SUDAH BERAT

KAH KAH KAH

MAT MASLAN

TERPAKSA

 BERSUARA

KAH KAH KAH

MAKNANYA

KEMPEN

 PEMBANGKANG

MENYENGAT

KAH KAH KAH

BIASNYA

MAT MASLAN

BUAT LAWAK

KINI BUAT SERIOUS

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: