Penjawat awam sokong Perikatan dalam PRN, kata tinjauan
ANGGOTA tentera, pegawai polis dan guru memilih Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini menyumbang kepada kemenangan besar gabungan itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, menurut tinjauan Ilham Center.
Tinjauan itu juga merumuskan Umno kehilangan sokongan pengundi muda Melayu, peneroka Felda dan kampung Melayu yang turut menyaksikan pertukaran undi daripada Barisan Nasional (BN) kepada PN.
Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommudin Bakar berkata aura Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor antara faktor lain yang meyebabkan pengundi Melayu tidak memilih Umno.
“Sungguh mengejutkan apabila mendapat tahu keputusan tinjauan awal menunjukkan (undi) kini pergi ke PN. Kem tentera, pegawai polis dan guru memilih PN berbanding kerajaan Madani.
“Ini menyebabkan Umno hampir terhapus di banyak kerusi majoriti Melayu bukan sahaja di Kedah, Kelantan, dan Terengganu tetapi juga di Selangor dan Negeri Sembilan.
“Anak-anak kepada ibu bapa Umno kini menentang keluarga mereka dan memilih PN. Pengundi muda di tiga negeri mengundi PN.
“Dalam enam pilihan raya negeri, terdapat 53 penempatan Felda dan kesemuanya menjadi milik PN,” kata Hisommudin. – 25 Ogos, 2023.
2 ulasan:
Liwat? Atok dan Khairuddin Abu Hassan adalah tukang reka Liwat.
Liwat 1 : buang kes, Khairuddin Abu Hasan terkesan tulis Tivoli Apt yg belum bina walaupun tilam dari Tivoli di usung. Ummie Hafilda kata Bapok Tua yg reka dan bayar saksi
Liwat 2 : Atok kata sogokan RM5 juta
Liwat 3 : AG kata NFA, Khatri kena kencing tuntut RM11.5 juta dari Bersatu
https://wrlr.blogspot.com/2022/07/mahathir-dedah-fitnah-anwar.html
MAHATHIR DEDAH FITNAH ANWAR
FITNAH LIWAT DSAI…
PENDAKWARAYA DISOGOK RM5 JUTA
MAHATHIR MOHAMAD BUKA SUARA
at Thursday, July 07, 2022
wrlr.blogspot.com
Berikut yalah verbatim interview Atok Saka dgn Pemberita Indonesia terkini:
Atok : Ya, pihak Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah. Tapi dia buat appeal dan ditukar Pendakwaraya mengambil Pendakwaraya yang private. Sekarang ini kita tahu dilaporkan Pendakwaraya ini dibayar RM5 juta oleh Pemerintah supaya yakinkan Anwar bersalah.
Soal: Mengapa sekarang anda mengeluarkan pendapat ini?
Atok: Kita baru tahu. Tak kan dia nak bagi tahu. Orang lain yang selidik, baru dapat maklumat. Bukan terang2 bagi macam itu
Soal: Jadi anda sekarang menyokong Anwar jadi PM?
Atok: Ya, kalau itu kehendak rakyat dalam sebuah negara demokrasi
Melayu Islam sayang pas sebab janjikan syurga. Melayu Islam juga sayangkan bersatu sebab bersatu ada abah yang sangat sayangkan makcik Kiah dan semua anak tiri abah akan di janawibawa kan sampai kaya. Melayu Islam juga sayang gerakan sebab gerakan saja yang berani lawan DAP. Kalau melayu Islam berjoget menari di makam tok kenali pas tak akan tegur atau marah sebab semua tu berjubah serban dan ahli syurga. Merepek lah apa pun khurafat pas tak akan tegur selagi walak pada kepimpinan ulamak.
Catat Ulasan