Ahad, 27 Ogos 2023

AMANAH DAH BERANI TIBAI UMNO


Ketua Amanah Wanita Kelantan gesa pengundi tolak parti main isu 3R

PARA pengundi yang akan memilih wakil mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dinasihati menolak habis-habisan calon dari parti politik yang sering memainkan isu 3R (raja, agama dan kaum) dalam kempen mereka.

Ketua Wanita Amanah Kelantan Dr Hafidzah Mustaqim yang menitipkan nasihat itu berkata, ini termasuk menolak pemimpin parti yang suka memberi gelaran buruk kepada individu lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama (Adun) Pakatan Harapan (PH) yang membuat kejutan merampas kerusi Kota Lama daripada PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan lepas itu berkata misalnya pihak pembangkang yang baru-baru ini membuka tirai kempen di Simpang Jeram dengan mengisi ceramah mereka dengan menggunakan kata-kata yang kurang baik di samping memberi gelaran buruk kepada individu tertentu.

“Bagi saya yang boleh lawan perkara ini adalah Malaysia MADANI, tapi konsep itu masih belum dapat disampaikan sepenuhnya. Pengalaman saya di Kelantan kita bukan lawan manifesto, kita lawan sentimen agama, perkauman dan raja-raja yang dimainkan,” katanya.

Timbalan Ketua Wanita PH Kelantan itu berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas mengiringi calon PH PRK Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman ke pusat penamaan calon semalam.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi berikutan kematian penyandangnya iaitu Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

PRK ini menyaksikan saingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi berkenaan, antara PH, PN dan Bebas. – Bernama, 27 Ogos, 2023.

WOIT

AMANAH TIBAI

UMNO

KAH KAH KAH

RAJA AGAMA

BANGSA ADALAH

AGENDA UMNO

KAH KAH KAH

TANPA R.A.B

UMNO HILANG

TUJUAN

KAH KAH KAH

APAKAH WANITA

 AMANAH

MARAH DAH NI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana pulak umno RAB .. umno perjuang alif ba ta tapi dah tukar kepada dal alif fa