Gelombang PN suram di Johor – Ahmad
JOHOR BAHRU – Gelombang rakyat yang digembar-gemburkan oleh Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan melanda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) disifatkan sebagai cakap kosong sahaja.
Itu respon ringkas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan.
Katanya, Johor ada gaya dan cara tersendiri dan beliau yakin pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bijak membuat keputusan memilih wakil rakyat di kawasan tersebut.
Ahmad Maslan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, sudah tentu pengundi di kawasan terbabit tidak mahu kawasan yang berada dalam kerajaan hari ini ditadbir oleh pihak pembangkang.
“Itu bukan gelombang rakyat, macam mana pula itu dipanggil gelombang rakyat, ini kerana Malaysia ada 14 negeri dan mereka dapat empat negeri sahaja, Kita ada 10. Takkan mereka tak tahu matematik 10 jauh lebih banyak daripada empat.
“Jangan nak cakap itu gelombang rakyat, temberang jelah diorang. Itu hanyalah gelombang hijau yang tak sampai ke mana dan empat negeri itu sahajalah gelombangnya.
“Dan kita minta supaya pengundi di Johor ini tak akan memasukkan mereka dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (memenangi PRK),” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bukit Kempas di sini hari ini.
1 ulasan:
Ini dia orang cerdik politikus Malaysia yang ada, ramai geng dia dalam gerombolon semuanya biawak susah nak pikul susah nak bela, asyik karenah BODOH tak kehabisan tapi apa kan daya mereka jugak lah jadi pemimpin, kah kah kah nak kata nasib rakyat malang? Tak jugak sebab rakyat disajikan komidi setiap hari, satu pakai kopiah, satu pakai serban satu pakai jubah semuanya geng sama belaka kah kah kah
Catat Ulasan