Selasa, 1 Ogos 2023

SELANGOR - PERIKATAN GADUH - BEKAS SAMSENG JADI CALON !!!



Barisan calon Perikatan Selangor resipi kekalahan, kata pemimpin Bersatu

PERIKATAN Nasional (PN) gagal memanfaatkan peluang merampas Selangor kerana mengemukakan barisan calon yang tidak mempunyai kredibiliti, kata pemimpin Bersatu.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman melihat calon khususnya daripada Bersatu tiada kaliber yang sesuai untuk memikat hati pengundi Selangor.

“Calon kita memalukan. Ini barisan calon nak bagi kalah, calon yang diumumkan amat mengejutkan, mengecewakan dan jentera tak tahu nak jual macam mana.

“Watak yang betul-betul tiada kena mengena dengan parti, watak bidan terjun yang dimunculkan tiba-tiba, tiba-tiba jadi ahli kemudian jadi calon secara tiba tiba.

“Tiada rekod pernah tubuh bahagian atau cawangan tiba-tiba jadi calon,” kata Faiz, kepada The Malaysian Insight.

Bersatu bertanding di 31 kerusi DUN Selangor dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini, dengan 10 daripadanya merupakan calon sayap bukan Melayu parti itu.

Komponen PN dari PAS pula bertanding di 17 kerusi manakala Gerakan bertanding di lapan kerusi.

Faiz berkata ada juga individu dari Umno yang tiba-tiba menjadi calon bidan terjun untuk PN seperti Harrison Hassan di DUN Jeram dan Noorazley Yahya bagi DUN Bukit Melawati.

Masing-masing merupakan bekas timbalan ketua Umno bahagian Sungai Buloh dan bekas ketua Pemuda Umno Kuala Selangor.

Selain itu, beliau kecewa dengan individu yang diberi peluang bertanding selepas gagal merebut kerusi pilihan raya dalam pelbagai parti.

“(Ada calon) orang berjawatan dalam Umno tiba-tiba dalam waktu terdekat jadi ahli Bersatu muncul dalam PRN jadi calon PN.

“Ada juga (individu) asalnya ahli Bersatu, keluar ke Pejuang waktu PRU15, berkempen untuk Pejuang, bila Pejuang kalah orang itu masuk Bersatu dan dalam masa terdekat jadi calon PN,” katanya.

Faiz turut kesal kerana Bersatu juga langsung tidak memberikan ruang kepada sayap pemuda parti untuk diletakkan sebagai calon pada PRN kali ini.

“Isu di Selangor tiada wakil daripada sayap Armada tidak ada. Langsung tidak ada. Sebahagian warga Armada kecewa.

“Kita pun tak tahu kenapa letak calon tiada akar umbi, tidak ada pengikut, tak pernah ada aktiviti di kawasan itu. Itu yang menimbulkan kemarahan anggota diperingkat bahagian,” kata Faiz.

Antara calon ditampilkan PN kali ini seorang bekas gengster Muhammad Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Cik Ton sebagai calon di kerusi di DUN Pandan Indah.

Beliau merupakan pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), pertubuhan sosial yang banyak melakukan aktiviti mirip gengsterisme sejak ditubuhkan pada 2013.

Mengulas perkembangan itu, Faiz percaya langkah tersebut tidak mendapat sokongan pengundi Melayu di kawasan sasaran.

“Melayu di Selangor bukan konservatif. Ada Melayu liberal, moden dan tak suka imej begitu. Kita nak menang di Selangor kena letak calon boleh diterima semua pihak.

“Tapi sebaliknya kita letak calon yang kononnya ada pengikut. Katalah PN konon popular di kalangan Melayu, kita juga perlukan undi bukan Melayu.

“Kalau letak bekas gengster ingat Cina nak undi? Itu jadi persoalan,” kata Faiz.

Tambahnya, calon yang mempunyai rekod sebagai bekas gengster yang kini bertaubat bukan satu pencapaian yang boleh menarik perhatian pengundi.

“Nak letak calon pun letaklah yang cerdik. Letak bekas gangster dah insaf, adakah insaf itu satu pencapaian? Lantik dia jadi wakil rakyat, bagi kuasa lagi.

“Dia dah insaf, itu hal dia dengan tuhan, yang saya kisahkan latar belakang dia. (Tapi) kebolehan dia? Adakah dia berpandangan jauh, boleh bawa komuniti lebih maju dan sejahtera?” soalnya.

Turut dipersoalkannya tindakan Bersatu memperturunkan pengikut Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali yang tewas dalam PRU15.

Beliau melihat tindakan itu tidak wajar kerana pengundi Selangor menolak Azmin dan kumpulan kartel yang merupakan pengikut bekas menteri itu dalam PKR.

“Maknanya orang tolak geng melompat ini (dan) puak kartel. Jelas orang Selangor tak boleh terima, tapi dimunculkan balik. Mereka sudah kalah PRU15 tapi bagi bertanding PRN Selangor.

“Watak tak setia tiba-tiba jadi ahli dalam waktu yang cepat terus jadi calon. Memang akar umbi terasa hati. Takkan di bahagian tiada yang layak jadi calon. Nak kena letak watak luar,” katanya.

Selain Azmin yang kalah di Gombak, PN turut mempertaruhkan Dr Afif Bahardin bertanding di kerusi di DUN Taman Medan.

Pengikut Azmin itu selepas tewas Parlimen Shah Alam pada PRU15 dan calon Bukit Antarabangsa Sasha Lyna Abdul Latif, yang kalah di Parlimen Ampang.

Manakala Azmin diletakkan di Hulu Kelang dan Ketua Srikandi Bersatu Rina Mohd Harun bertanding di Batu Tiga, selepas kalah di Parlimen Sepang.

Beliau turut mengakui PN berhadapan tugas sukar untuk mencabar kedudukan Menteri Besar Amirudin Shari dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Jelasnya, tiada isu besar serta krisis dan isu membabitkan calon yang boleh dimainkan. Ini menjadikan peluang mereka menjadi semakin sukar dan mencetus rasa tidak puas hati, katanya.

“Rasa tak puas hati itu bahaya. PN boleh kalah sebenarnya, tak banyak isu besar yang boleh jadi modal nak hentam menteri besar Selangor.

“Hanya isu biasa, bukan peringkat skandal seperti zaman Khir Toyo dulu. Tidak ada isu besar nak tembak PH atau MB.

Beliau juga kecewa kerana anggota parti dengan latar belakang belakang profesional dan dari kalangan generasi muda dipinggirkan dari terpilih sebagai calon.

“Berapa peratus muka anak muda calon PN Selangor, paling-paling (usia) 40 tahun ke atas?

“Saya dah tujuh tahun dalam Bersatu beri sumbangan semampu boleh sampai kena lokap, saya harapkan pemimpin faham dan memperkasa ahli.

“Tetapi nampaknya hanya sekelompok tertentu dapat perhatian istimewa, orang muda dah rasa Bersatu tidak ada masa depan,” katanya.

Tambahnya, siri pendakwaan mahkamah yang dialami pemimpin Bersatu juga menjejaskan parti sehingga dilihat tidak mampu memperjuang kempen antirasuah.

“Macam mana nak rasa Bersatu bawa pembaharuan? Dan sudah lama juga Bersatu tak menguar-uarkan soal antirasuah. Mungkin kerana pemimpin kena kes, sedangkan itu adalah salah satu asas penubuhan Bersatu.

“(Kita harapkan) Bersatu letak calon dihormati dan berintegriti tetapi kalau inilah percaturannya, Bersatu lebih teruk daripada Umno,” katanya.

Sesetengah penganalisis melihat kepelbagaian calon yang ditampilkan Bersatu dan PN kali ini sebagai strategi untuk menarik perhatian dan sokongan pengundi, khususnya orang Melayu.

Mazlan Ali, penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia memberi contoh tindakan Bersatu menjadikan bekas pemimpin parti lawan sebagai calon mereka.

Beliau melihat, ia antara lain bertujuan memikat hati ahli Umno yang tidak sehaluan dengan pemimpin parti tersebut.

“Mereka sudah mempelbagaikan latar belakang, itu satu cara atau strategi untuk menang.Misalnya dengan kemuka bekas timbalan ketua bahagian Umno Sungai Buloh itu di DUN Jeram.

Itu strategi untuk tarik sokongan ahli Umno. Bukan kerana PN ketandusan calon tetapi strategi kerana Selangor adalah negeri agak mencabar untuk PN menang,” katanya.

Jelasnya, calon sedemikian satu usaha Bersatu mempelbagaikan sokongan terhadap parti itu.

Seorang lagi penganalisis Awang Azman Awang Pawi berpendapat pemilihan calon PN itu menunjukkan gabungan itu ketandusan pemimpin yang layak menjadi calon.

“PN amat perlukan orang luar, daripada Umno atau mana-mana parti lain yang ada sedikit pengalaman untuk dijadikan mereka sebagai calon.

“Ini strategi mereka sebab PN ketandusan calon, walaupun sepatutnya mereka boleh letakkan timbalan ketua bahagian Bersatu atau PAS.

“Sebab pimpinan menengah dan rendah mereka tidak diyakini untuk diletak sebagai calon. Mungkin kurang dikenali dan kontroversi (yang) membolehkan pengundi memberi perhatian,” katanya

Penganalisis Universiti Malaya itu berkata PN juga mengambil kesempatan atas kekecewaan ahli parti lawan yang tidak tercalon dengan menawarkan peluang sebagai calonnya.

“Ini agak mencerminkan situasi yang mana PN mencari calon kecewa kerana tidak dapat bertanding, atau calon dilihat bukan sehaluan dengan hierarki parti mereka.

“Ini diambil kesempatan oleh PN untuk jadikan calon mereka, walaupun bagi PN itu satu strategi, pihak lain pula melihat PN ketandusan calon mereka,” katanya. – 1 Ogos, 2023.



INI BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH

BEKAS SAMSENG

JADI CALON

KAH KAH KAH

WOIT

TAPI SAMSENG

DAH INSAF NAK

JADI WAKIL RAKYAT

KAH KAH KAH

BAGI CHAN

LAAA OOOI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: