Selasa, 1 Ogos 2023

PAKAT BUAT BOM


Suspek kes penemuan bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran buat bom – Polis


KUALA LUMPUR – Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur  Mohd Shuhaily Mohd Zain.

“Polis mengesahkan bahan letupan itu sempurna sifatnya sebagai bom. Ada suis, suisnya itu ‘off’ ketika kejadian itu dan sekiranya mahu aktifkan perlu dilakukan secara manual,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata siasatan polis juga mendapati bom itu dihasilkan oleh orang yang mempunyai kepakaran membuat bom buatan sendiri dan dipercayai mempunyai asas pengetahuan dalam bidang elektronik bagi membuat penyambungan litar pada IED berkenaan.

“Orang bertanggungjawab memasang bom ini, dia mempunyai ilmu dalam pembuatan circuit (litar) dan bahan letupan. Mengenai siasatan, kita masih cari petunjuk,” katanya.

Katanya berdasarkan laporan pakar, antara komponen yang terdapat dalam bahan letupan itu adalah diesel, mercun, bateri, litar, wayar dan suis.

“Laporan Unit Pemusnah Bom Makmal Forensik, Cheras juga mendapati semua komponen yang ditemui adalah IED dan ia dikategorikan low explosive,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata polis merakam 13 keterangan saksi bagi membantu siasatan kes itu, yang terdiri daripada anggota polis, mangsa serta rakannya, mekanik, penasihat bengkel, pemilik bengkel, pengawal keselamatan mahkamah, Orang Asli dan anggota Jabatan Sukarelawan.- BERNAMA




WOW

SUDAH ADA

PAKAR BUAT BOM

AMIN

BELAJAR DARI

INTERNET

AMIN

KITA JUGA WAJIB

ADA PAKAR SIASAT

YANG CEKAP & BIJAK

AMIN

PAKAR BUAT BOM

AKAN DILAWAN

PAKAR SIASAT

KHALAS

Tiada ulasan: