Selasa, 1 Ogos 2023

MIC SUDAH BELOT


MIC arah ahli tidak bantu calon Pakatan, dedah sumber

MIC dipercayai menasihati kepimpinan negeri untuk tidak membantu calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya negeri 12 Ogos ini, kata sumber yang mengetahui perkara itu.

Sumber berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang meminta kepimpinan dan ahli parti untuk menyokong calon Barisan Nasional sahaja.

The Malaysian Insight melihat mesej yang dihantar kepada kepimpinan negeri yang dikongsi oleh sumber.

“Ke hadapan pengerusi negeri, dinasihatkan seperti mana keputusan CWC, parti kita hanya menyokong dan bekerja untuk calon BN pada pilihan raya negeri.
“Disebabkan itu, adalah dinasihatkan pengerusi bahagian masing-masing untuk mematuhi keputusan CWC can mengelak sebarang aktiviti yang mungkin bercanggah dengan keputusan tersebut,” tulis mesej itu.

MIC adalah salah satu parti komponen BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan diterajui PH.

Bagaimanapun, kecurigaan timbul apabila pemimpin akar umbinya tidak hadir pada hari penamaan calon melibatkan calon PH semalam.

Ini berlaku walaupun BN dan PH menggambarkan kerjasama mereka sebagai “gabungan perpaduan” pada pilihan raya negeri kali ini.

MIC juga memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRN kali ini tetapi menegaskan ia bukan tindakan boikot.

Malah Timbalan Presiden MIC M Saravanan menekan yang jentera parti akan menyokong sepenuhnya dan membantu kempen calon Umno.

Setiausaha Agung MIC R.T. Rajasekaran ketika dihubungi tidak mengesahkan kesahihan mesej itu tetapi menegaskan pendirian parti.

“Ya. Saya rasa yang (menyokong hanya calon BN) sudah diputuskan,” katanya menambah yang ahli parti hanya akan berkempen dan membantu calon BN.

Sebelum ini, bekas Adun Ijok K.R.Parthiban menegaskan penglibatannya dalam satu majlis Perikatan Nasional di Tanjong Karang tidak salah kerana BN tidak meletakkan calon untuk kerusi DUN Permatang, Selangor itu.

“Mesej kepada ahli MIC daripada kepimpinan jelas iaitu untuk menyokong calon BN,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Tentang tolong parti lain, ia kekal tanda tanya. Jadi untuk kerusi negeri (Permatang) di Parlimen Tanjung Karang, ia ditandingi PKR.

“Kami menderita teruk dahulu kerana penyokong PKR. Saya tak boleh bayangkan kita pegang bendera (PH atau PKR), duduk di khemah mereka atau bekerja bersama.

“Jika saya lawan BN, saya khianati BN. Tetapi di sini adalah calon PKR,” katanya.

Pengundian PRN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 12 Ogos. PH meletakkan 138 calon sementara BN pula 108 calon. – 30 Julai, 2023.

MIC BELOT

BOLEH DIFAHAMI

AMIN

LUKA LAMA

BERDARAH

KEMBALI

AMIN

DULU LAWAN

SEKARANG PUN

LAWAN

KHALAS

Tiada ulasan: