Jumaat, 23 Jun 2023

JANGAN LUPA CARA MEMBACA MEDIA



Umno Selangor nafi desak Rafizi letak jawatan menteri


BADAN Perhubungan Umno Selangor hari ini menafikan mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.

Umno Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan Umno Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan Umno Selangor serta kerajaan perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan datang,” menurut kenyataan itu.

Katanya, Badan Perhubungan Umno Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam kerajaan perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. – Bernama, 22 Jun, 2023.

WOIT

INI KERJA SAPA

AMIN

DARI MANA

PUNCANYA

KAH KAH KAH

WALAU APA PUN

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

MEDIA MALAYSIA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tt dah tak pakai lojik kah sekarang ni? Mengikut fahaman aku, apa yang tt nak bagitahu sesiapa pun tak boleh nafikan apa2. Kalau nafikan bermakna betul. Jadinya Kalau dituduh kena diam atau ya kan...Mari memfitnah lah beramai2 kalau begini konsep pemahaman.

Tanpa Nama berkata...

Abis tu apa saja jangan nafikan kah?? Tak relevan lah hang tt...