Selasa, 20 Februari 2024

YAMAN CAKAP DAN BUAT




Kapal kargo Britain ditinggalkan selepas dibedil Houthi

MESIR – Kru sebuah kapal kargo yang menggunakan bendera Belize dan berdaftar di Britain telah meninggalkan kapal tersebut di Yaman selepas ia terkena peluru berpandu yang ditembakkan Houthi.

Rubymar berada di Teluk Aden dan menghampiri Selat Bab al-Mandab ketika ia dibedil, kata firma keselamatan.

Agensi Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) berkata, ia telah menerima laporan insiden daripada sebuah kapal yang tidak dinamakan kira-kira 35 batu nautika (65km) di selatan pelabuhan Laut Merah Yaman di Mocha jam 11 malam waktu tempatan.

Kapal itu, yang membawa baja yang “sangat berbahaya” dan kini berisiko untuk tenggelam.

Mengutuk “serangan melulu” ke atas kapal itu, UK berkata, kapal tentera laut bersekutu “sudah berada di tempat kejadian”.

Ia adalah salah satu serangan yang paling menjejaskan yang pernah dilakukan oleh Houthi yang disokong Iran, dan merupakan bukti terbaharu bahawa usaha Barat untuk menghalang mereka masih belum berjaya.

Houthi telah melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu dan dron ke atas kapal dagang dan kapal perang Barat di Laut Merah dan Teluk Aden sejak pertengahan November lalu.

Kumpulan itu mempertahankan tindakannya yang dikatakan untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang kini menghadapi serangan berterusan dari Israel.

Serangan Houthi itu telah mendorong banyak syarikat perkapalan untuk berhenti menggunakan laluan air tersebut, yang menyumbang kira-kira 12% daripada perdagangan laut global.

Tentera Amerika Syarikat dan Britain mula melancarkan serangan udara ke atas sasaran tentera di seluruh barat Yaman yang dikuasai Houthi sebagai tindak balas bulan lalu.

Awal Isnin, agensi itu memetik pihak berkuasa yang melaporkan anak kapal meninggalkan kapal itu selepas diserang.

“Kapal berlabuh dan semua anak kapal selamat,” katanya. – Agensi

YAMN TAK PERLU

CAKAP BANYAK

AMIN

TAK PERLU 

AYAT & HADIS

AMIN

CAKAP BEDIL

BAKAR

KHALAS

Tiada ulasan: