Selasa, 20 Februari 2024

SUARA SANG KELEMBAI


PTD itu jawatan 

mulia dan amanah


Saya mula menjadi penjawat awam dalam usia 17 tahun. Di zaman saya jawatan PTD masih di panggil MCS-Malayan Civil Service. 

2. Kamudian di tukar nama ke Pegawai Tadbir Dalam Luar Negeri PTDLN dan kamudian di pendekkan menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau PTD. Dan di gunakan sehingga ini.


3. Seorang PTD sebaik sahaja di lantik ke jawatan itu, akan di hantar ke Pejabat Daerah dalam Negeri-negeri Melayu bersekutu dan Negeri Melayu Bernaung termasuk Negeri Selat.. Negeri saperti Johor, Trengganu, Kelantan dan Kedah mereka ada Pegawai Tadbir sendiri. PTD tidak berkhidmat di negeri Itu.

4. Di Pejabat Daerah PTD akan bertugas sebagai ADO atau Penolong Pegawai Daerah.  Akan ditugaskan dengan berbagai tugas, dari soal tanah, pembangunan dan sebagainya. 

5. Satelah bertugas bergaul dan berhubung dengan rakyat di Pejabat Daerah barulah berpindah samada ke Jabatan atau Kementerian Kerajaan Pusat. Biasanya pertukaran akan berlaku satelah jawatan di sahkan. 

6. Bila bertugas di Kerajaan Pusat, bermula rutin setiap tahun pergi Kursus di Pusat Latihan Pegawai Kerajaan atau sekarang di kenali INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara. Di sana PTD didedahkan dengan berbagai Ilmu pentadbiran kerajaan.

7. Seorang PTD akan cemerlang tugasnya jika dari timeskill ke superskill. Bila dia sudah ada dalam superskill G dan seterus akan meningkat naik sampai ke superskill A yang biasa akan menjadi Setiausaha Tetap atau sekarang Ketua Setiausaha.

8. Ini memberi makna jika seorang PTD sudah sampai ke puncak sebagai KSU. Dia seorang yang cukup terlatih, seorang yang ada pengetahuan dan pengalaman yang luas. Dan terpenting seorang yang berhemah dan mempunyai perhubungan raya yang baik. 

9. Maka hari ini saya merasa hairan, bagaimana seorang ada pengalaman menjadi KSU, perangai sama macam babi hutan betina nak beranak. Agensi yang dia ketuai  macam warisan emak bapak dia. Main suka hati dia. 

10. Maka saya tidak hairan apa dia nak buat. Saya selalu nasihatkan semua orang yang membaca tulisan saya..baca secara betul. Saya tidak menghina agensinya.. sepatah tidak sebut. 

11. Saya menulis fasal hal dia. Tulisan itu berdasarkan ada aduan dalam agensi. Saya mendengar dan terjemahan dalam tulisan, Itu sahaja. Jika tidak betul, fitnah dan tomahan, beri jawapan. Saya siarkan.

12. Pengalaman saya dahulu, jika ada pegawai PTD kena fitnah dan tomahan dalam surat khabar di bawah ruangan ‘surat dari pembaca’. Pegawai itu buat laporan penuh kepada atasan sebelum sebarang tindakan. 

13. Maka saya merasa hairan pada 18hb Febuari 2024 adalah cuti am.Satu kenyataan media di keluarkan. Bukankah pejabat di tutup. Dan berada outstation. Pandir apa dia itu. 

Jika agensi itu di bawah JPM, pergi menjelaskan dahulu dengan Ketuanya ia itu KSN-Ketua Setiausaha Negara, selaras dengan kehendak Perintah Am. Bukan membabi buta buat kenyataan. - Zmy

Sang Kelembai
Feb 19, 2024
Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: