Jumaat, 8 Mac 2024

BOIKOT STARBUCKS


Starbucks kecilkan perniagaan di Timur Tengah, Afrika akibat boikot

ANKARA – Kempen boikot antarabangsa terhadap Starbucks yang didakwa bersubahat dengan Israel meninggalkan kesan mendalam terhadap rangkaian yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Kumpulan Alshaya, yang mengendalikan kafe Starbucks di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) mengumumkan pengecilan perniagaan berikutan cabaran yang dihadapi sejak Oktober tahun lalu.

“Akibat daripada keadaan dagangan yang sentiasa mencabar sejak enam bulan lalu, kami telah mengambil keputusan yang menyedihkan dan amat sukar untuk mengurangkan bilangan rakan sekerja di kedai MENA Starbucks kami,” kata seorang jurucakap kepada Anadolu.

Lebih 2,000 pekerja dijangka akan terjejas berikutan keputusan yang diambil oleh syarikat.

Selama lebih daripada 25 tahun, Kumpulan Alshaya telah memegang lesen Starbucks untuk wilayah MENA dan membina kehadiran yang besar dengan lebih 1,300 kedai kopi dan tenaga kerja yang melebihi 11,000 individu.

Keputusan itu dibuat selepas gesaan boikot terhadap syarikat kopi Amerika itu selepas Starbucks mengumumkan mengambil tindakan terhadap pekerja yang bersimpati terhadap rakyat Palestin.

Lebih 30,000 penduduk Gaza telah dibunuh oleh Israel dalam serangan tanpa henti yang memasuki bulan kelima dengan separuh daripada mangsa adalah bayi dan kanak-kanak. – Agensi


KEMPEN BOIKOT

SYARIKAT YANG

SOKONG ISRAEL

BERJAYA

AMIN

WAJIB DITERUSKAN

WAJIB LUASKAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: