Jumaat, 8 Mac 2024

KENAPA SUNGAI JADI KERUH ?


Air sungai keruh luar biasa, LRA Batang Kali dihenti tugas sementara

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali telah dihenti tugas sementara bermula jam 5.40 petang sehingga 7.50 malam tadi sebagai langkah kawalan terhadap operasi loji berkenaan.

Ia susulan kebanyakan kawasan di Negeri Selangor telah menerima kadar hujan yang tinggi.

Kawasan tadahan Sungai Batang Kali juga telah menerima kadar hujan yang tinggi sekitar 64mm ke 70mm dan situasi hujan berkenaan mengakibatkan aliran kekeruhan yang tinggi di Sg. Batang Kali dan ia telah meningkat ke tahap melebihi 3000 NTU, kata Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kesan kepada pengguna berkaitan pembekalan air terawat susulan henti tugas sementara berkenaan dimaklumkan oleh pihak Air Selangor.

“Pasukan Skuad Pantas LUAS telah segera membuat pemerhatian di lapangan dan disahkan permasalahan kekeruhan berkenaan  susulan penerimaan hujan yang tinggi di kawasan hulu Sg. Batang Kali yang telah meningkatkan aliran air di keseluruhan kawasan permukaan dalam kawasan tadahan dan ia merupakan faktor peningkatan kekeruhan berbanding hari-hari biasa.

Petugas LUAS mmeriksa air Sungai Batang Kali yang didapati keruh berbanding hari-hari biasa.

Walau bagaimanapun pihak LUAS akan menjalankan tindakan pemantauan susulan bagi aktiviti-aktiviti berpotensi seperti aktiviti kerja tanah di hulu muka sauk,” katanya dalam satu kenyataan.

Di dalam masa yang sama, rondaan dan pemantauan LUAS di Sg. Sembah juga telah mengesan kadar kekeruhan melebihi bacaan biasa 500 NTU.

LUAS juga telah segera mengaktifkan pemantauan kekeruhan di Sg. Sembah, serta siasatan di kawasan berhampiran dan siap siaga dengan mitigasi yang berkaitan. LUAS sedang giat memantau rapi situasi semasa dan bersiap siaga. –

WOIT

ADA CURI

BALAK  KE ?

AMIN

ATAU ADA

BUAT KEBUN 

HARAM ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: