Jumaat, 8 Mac 2024

PERNIAGAAN SAMAN LUMAYAN


Farhash saman Wan Fayhsal RM10 juta


KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi PKR Perak merangkap mantan Setiausaha Politik (SUPOL) Anwar Ibrahim,  Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut RM10 juta kepada Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang didakwa memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan difailkan melalui Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co, Farhash mendakwa Ahli Parlimen Machang itu telah mengeluarkan kenyataan fitnah di pekarangan Parlimen pada November tahun lalu.

Wan Fayhsal mendakwa plaintif telah menawarkan rasuah atau mengugut ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada perdana menteri dan kerajaan semasa.

“Ini merupakan kenyataan berbaur fitnah itu memprejudis dan merendahkan perwatakan profesional, kepimpinan, reputasi dan kredibiliti saya.

“Kenyataan itu telah diterbitkan di beberapa media sosial seperti Youtube rasmi Parlimen Malaysia, Tik Tok dan Whatsapp dan ia memalukan serta menyebabkan saya termasuk dalam kancah politik meskipun sudah lama meninggalkan arena itu.

“Ini juga turut memalukan saya selaku pengerusi dan pengarah beberapa syarikat tersenarai awam seperti 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad dan Apex Equity Holdings Berhad, ” katanya dalam writ tersebut.

Farhash menuntut ganti rugi khas sebanyak RM10 juta dan ganti rugi pampasan, am, teruk serta teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya daripada Wan Fayhsal selain perintah injuksi menghalang kenyataan tersebut diulangi. –  

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

KAH KAH KAH

INI PERNIAGAAN

LUMAYAN

KAH KAH KAH

TAK CAYA TANYA

PEGUAM

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: