Sabtu, 16 Ogos 2025

PERANG SAUDARA DI LEBANON ?


Hizbullah enggan serah senjata kepada kerajaan Lubnan

BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, mengeluarkan ancaman terhadap kerajaan Lubnan jika meneruskan rancangan untuk melucutkan senjata kumpulan itu.

Beliau menyifatkan keputusan Kabinet itu sebagai pelaksanaan 'arahan Amerika Syarikat-Israel'.

Majlis Menteri Lubnan minggu lalu meluluskan keputusan yang mengarahkan tentera supaya segera merangka dan melaksanakan pelan perlucutan senjata sebelum akhir tahun ini.

Qassem berkata, keputusan itu berbahaya dan mendedahkan negara kepada krisis besar.

"Ia melucutkan penentangan dan senjata pertahanan Lubnan semasa pencerobohan," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung dari Baalbek.

Qassem menegaskan bahawa Hizbullah tidak akan menyerahkan senjata dan memberi amaran tindakan itu boleh mencetuskan konflik bersenjata, malah berisiko membawa kepada perang.

"Kumpulan ini akan berjuang dalam satu pertempuran bersejarah jika perlu demi menentang projek Israel-AS ini, walau apa pun harganya.

"Tidak akan ada kehidupan di Lubnan sekiranya kerajaan cuba mencabar parti ini," katanya sambil menyifatkan ini adalah satu cabaran paling besar terhadap Hizbullah sejak tamatnya perang saudara pada 1990.

Setiausaha Agung Hizbullah itu menyalahkan kerajaan Beirut sepenuhnya dan berkata ia memikul tanggungjawab penuh sekiranya berlaku letupan dalaman dan kehancuran Lubnan.

Qassem menolak cadangan untuk mengadakan tunjuk perasaan ketika ini, dengan alasan masih ada ruang untuk dialog bersama kerajaan, namun memberi amaran bahawa protes boleh berlaku sekiranya keadaan memerlukan.

"Ini tanah air kita bersama jadi kita hidup bersama atau tiada kehidupan untuk Lubnan," katanya dalam satu amaran keras kepada pihak berkuasa.

Qassem turut mengucapkan terima kasih kepada Iran atas sokongan berterusan kepada Hizbullah dari segi kewangan, senjata, keupayaan serta pendirian politik dan media.

Kumpulan yang disokong Tehran itu kekal sebagai satu-satunya fraksi yang masih mengekalkan kekuatan ketenteraan selepas perang saudara Lubnan 1975–1990, namun kekuatannya dikatakan semakin lemah berikutan konflik terbaharu dengan Israel.

Hizbullah mula menyerang Israel pada Oktober 2023 selepas tercetusnya perang Israel-Hamas di Gaza, yang mencetuskan siri serangan udara Israel ke selatan Lubnan dan pinggir bandar Beirut serta serangan darat berskala kecil.

Pertempuran semakin sengit pada September lalu apabila Israel meletupkan secara kawalan ribuan alat komunikasi milik anggota Hizbullah dan membunuh pendahulu Qassem, Hassan Nasrallah, dalam satu serangan udara.

Israel dan Hizbullah kemudian bersetuju dengan gencatan senjata pada November 2024 yang dimediasi oleh Amerika Syarikat dan Perancis. - AGENSI


KUASA DATANG

DARI LARAS

SENAPANG

AMIN

TANPA SENJATA

TAKDA KUASA

AMIN

INI TAKTIK 

ZIONIS MAHU

BERLAKU

SEKALI LAGI

PERANG SEDARA

DI LEBANON

KHALAS

Tiada ulasan: