SURAT TAMRIN
KEPADA ANWAR
UNTUK KAWAN KU ANWAR
YAB ANWAR IBRAHIM
PERDANA MENTERI KE 10
PEJABAT PERDANA MENTERI PUTRAJAYA
melalui
Farhan Fauzi
Setiausaha Politik
Perdana Menteri
Assamulaikum Saudara Anwar
1. Mungkin Saudara
lupa kita mula - mula berkenalan sehingga begitu rapat
2. Pertama kali kita berjumpa pada awal 1980 apabila saya mencadangkan Saudara menggambil alih jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menggantikan Haji Suhaimi Kamaruddin
3. Pertemuan itu di adakan di Pejabat Resmi Saudara di hadapan Masjid Negara
4. Setelah Dr. Mahathir membawa masuk Saudara ke dalam UMNO dari ABIM dan menang sebagai Ahli Parlimen , Saudara terus di lantik sebagai Timbalan Menteri di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri
5. Dari awal lagi Dr. Mahathir telah memimbing Saudara hingga ke jawatan Timbalan Presiden UMNO yang membawa jawatan Timbalan Perdana Menteri
6. Sepatut nya Saudara MENGENANG SEGALA JASA Dr. Mahathir kepada Saudara BUKAN MENDENDAM NYA
7. Atas tindakan ini Saudara di lihat sebagai :
'SUDAH MENYEBERANG ,
TONGKAT BUKAN SAHAJA DI BUANG , MALAH HENDAK DI PATAH - PATAHKAN'
Meminjam pepatah Melayu lama arwah Azman Attar :
'KALAU TAK BOLEH MEMBAYAR BUDI , SEKURANG - KURANG NYA CUKUP DENGAN MENGINGATI NYA'
8. Saya masih ingat kata - kata arwah Dr. Ibrahim Saat , mantan Setiausaha Politik Saudara di Kementerian Pertanian dulu :
'YANG PENTING KITA CARI KAWAN BARU , YANG LAMA AKAN IKUT SAHAJA'
9. Itu salah satu sebab mengapa hampir 60 orang rakan seperjuangan Saudara TELAH TIDAK LAGI bersama Saudara
10. Beberapa hari lepas Negara di gemparkan dengan satu insiden di mana anak lelaki Rafizi Ramli di suntik oleh 2 orang yang mengekori kereta yang di pandu oleh ibu nya
11. Sebelum itu mantan Menteri , Waytha Moorty telah memfailkan di Mahkamah Tinggi mencabar kesahihan Saudara sebagai Wakil Rakyat Tambun dan seterusnya Perdana Menteri
12. Belum lagi selesai siasatan kes buli yang membawa kematian adik Zara Quirina Mahathir di Papar , Sabah sudah timbul isu kesahian Saudara sebagai Perdana Menter dan kes anak Rafizi
13. Sebelum ini itu pada hari Sabtu 26hb Julai satu Perhimpunan besar - besaran telah berlangsung di Dataran Merdeka dengan motto 'Turun Anwar'
14. Soal nya MENGAPA Himpunan Rakyat itu berlaku
15. Saudara telah GAGAL menunaikan segala janji - janji Saudara dahulu
16. Kos sara hidup harian telah meningkat tapi Saudara lebih fokus ke lawatan Luar Negara dengan kenyataan demi kenyataan bahawa Saudara telah berjaya mendapatkan pelaburan terus ( Foreign Direct Investment ) hampir RM700 billion namun sehingga sekarang TIDAK satu pelaburan pun masuk
17. Saudara TELAH MEMBOHONGI Parlimen dengan mengatakan Tun Dr. Mahathir walaupun DAPATI bersalah tapi Kabinet MEMUTUSKAN tidak akan mempenjarakan Tun kerana faktor umar beliau ; soalan nya BENARKAH itu keputusan Kabinet , dan BILA Mahkamah bersidang MENDAPATI Tun BERSALAH ?
18. Menuduh Muhyiddin mengutamakan Warga Asing dan mengarahkan MCMC menyiasat Muhyiddin BUKAN Saudara yang membuat tuduhan tersebut
19. TERLALU BANYAK PEMBOHONAN DAN JANJI KOSONG YANG SAUDARA TELAH LAKUKAN YANG PADA SAYA TIDAK BOLEH DI MAAFKAN LAGI
20. KALAU BERANI , BAK KATA TUN , BUBARKAN SAJA PARLIMEN DAN ADAKAN PILIHAN RAYA UMUM
Sekian
Wassalam , Terima Kasih
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 15/08/25


Tiada ulasan:
Catat Ulasan