JANGAN BUAT
SILAP LAGI
AMIN
PERASUAH BESAR
SOSOK
SELALU TERIMA
RASUAH IALAH
PENJAWAT AWAM
PEGAWAI KERAJAAN
AMIN
TANYA KETUA
PENGARAH JAS INI
BERAPA KALI
NAIK HAJI
BERAPA KALI
PERGI UMRAH
KAH KAH KAH
KHALAS
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latif Wan Jaffar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000 tahun lalu.
Menurut kertas pertuduhan, Wan Abdul Latif didakwa menerima wang tunai itu daripada pengarah Sunrich Conquest Sdn Bhd Khor Chong Wai melalui pengurus projek syarikat berkenaan Lee Ham Kong pada 15 Jan 2025.
Wan Abdul Latif didakwa menerima rasuah tersebut dalam kapasiti rasminya bagi mempertimbangkan rayuan oleh Geo Valley Sdn Bhd yang memohon pengecualian daripada menyediakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dalam permohonan Kebenaran Merancang.
Permohonan itu melibatkan cadangan syarikat untuk membina Jalan Berkembar Bukit Kukus serta kerja tanah bagi mitigasi di atas tanah kerajaan di Paya Terubong, Pulau Pinang, dengan rayuan dikemukakan kepada DOE melalui surat bertarikh 22 Nov 2024.
EIA, atau laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar, merupakan dokumen wajib bagi projek pembangunan yang memberi impak besar kepada alam sekitar dan memerlukan kelulusan DOE sebelum kerja dimulakan.
Pertuduhan terhadap tertuduh dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.
Tertuduh yang akan berusia 59 tahun pada Ogos ini mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan hakim Suzanna Hussin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Hakim turut menetapkan 7 Mei untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dan Fadhly Zambry, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Ahmad dan Muhammad Aridz Mirzha Ahmad.
Dalam prosiding berasingan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS Norhazni Mat Sari mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Azura Alwi terhadap enam pertuduhan menerima keseluruhan RM21,000 daripada seorang individu, Tang Siong Hee, untuk anak perempuannya antara 2022 hingga 2024.
Norhazni didakwa menerima wang tersebut tanpa balasan daripada Tang, yang merupakan pengarah E-Concern (Borneo) Sdn Bhd, dan berkait dengan tugas rasminya.
Transaksi itu dibuat dalam enam kejadian berasingan iaitu RM1,000 pada 18 April 2022; RM1,000 pada 4 Feb, RM2,000 pada 20 Feb, RM2,000 pada 8 April, RM5,000 pada 22 Ogos 2023 serta satu transaksi RM10,000 pada 19 Julai 2024.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Maybank Bukit Bintang melalui pemindahan dalam talian ke akaun bank anaknya.
Kesemua pertuduhan terhadapnya dikemukakan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Ahmad Akram, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Norhazni, berkata kedua-dua pihak bersetuju dengan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin.
Dia turut mencadangkan agar mahkamah mempertimbangkan perampasan pasport Norhazni sebagai syarat tambahan jaminan.
Peguam tertuduh, Haresh Mahadevan, kemudian memaklumkan mahkamah bahawa Norhazni memerlukan pasportnya kerana perlu menghadiri mesyuarat berkaitan kerja di Geneva antara 16 hingga 26 Jun.
Sebagai maklum balas, Ahmad Akram mencadangkan agar dokumen itu diserahkan hari ini dan permohonan sementara boleh dibuat menjelang tarikh perjalanan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasport tertuduh diserahkan sehingga kes selesai. Sebutan kes ditetapkan pada 19 Mei.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah DOE dijangka didakwa hari ini susulan siasatan berkaitan pengurusan e-waste.
Beliau turut menjangkakan seorang Ketua Pengarah DOE yang baru akan dilantik selepas kedua-duanya didakwa.
Wan Abdul Latif dan Norhazni, bersama seorang penolong pegawai kawalan alam sekitar, sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 30 Jan bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes pengurusan e-waste.
Penahanan mereka menyusul cadangan SPRM untuk menghentikan selama enam bulan semua import sisa plastik dan e-waste bagi menilai kesan sebenar kemasukan bahan tersebut terhadap negara.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan