BILA MAHFUZ
MARAH ERTINYA
APA YANG DI BUAT
AMT BETUL
AMIN
BILA MUSUH
MENYERANG
INI TNDA BAIK
AMIN
ERTINYA APA
YANG DI BUAT
BUKAN PALAT
SIA SIA
KHALAS
Mahfuz bidas konvoi empat MB pembangkang 'bakar subsidi rakyat'
Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar membidas tindakan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa mahu menganjurkan konvoi besar-besaran melibatkan empat menteri besar daripada gabungan itu pada 4 April ini.
Mahfuz menyifatkan penganjuran program berkenaan sebagai satu tindakan politik tidak matang dan tidak sensitif terhadap realiti krisis tenaga global yang sedang melanda dunia ketika ini.
"Seruan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) adalah satu langkah bertanggungjawab dan berasaskan realiti semasa dunia. Namun, tindakan PAS dan PN menganjurkan konvoi membazir minyak menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.
"Penglibatan empat menteri besar dari negeri di bawah pentadbiran PN mewujudkan percanggahan moral.
"Persoalannya mudah, bagaimana pemimpin yang masih memerlukan bantuan pusat boleh secara terbuka menggalakkan pembaziran subsidi rakyat? Tangan kanan minta bantuan pusat, tangan kiri bakar subsidi rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas pemimpin PAS itu berkata demikian ketika mengulas program 'Konvoi bersama MB PN' yang dijadual pada 4 April ini di Kuala Nerus, Terengganu.
Konvoi itu adalah sebahagian daripada program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali kelima dan Himpunan Alam Melayu 2026 di Kuala Terengganu.
Malaysiakini telah menghubungi PAS bagi mendapatkan komen berkaitan kritikan terhadap penganjuran acara itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan tindakan itu bukan lagi sekadar perbezaan ideologi politik, sebaliknya melibatkan soal akauntabiliti dan kejujuran pemimpin terhadap nasib rakyat jelata.
"Ketika banyak negara lain mengambil langkah penjimatan akibat konflik geopolitik yang menjejaskan bekalan tenaga, pembangkang di Malaysia pula memilih untuk ‘berarak membakar minyak’.
"PAS dan PN memilih jalan songsang. Ini menunjukkan mereka tidak memahami krisis global dan tidak menghormati kesusahan yang sedang dialami oleh rakyat," katanya
Menurut bekas ahli parlimen Pokok Sena itu, setiap kilometer yang dilalui dalam konvoi tersebut merupakan dana awam yang hangus memandangkan bahan api yang digunakan adalah barangan bersubsidi.
"Hakikatnya, minyak yang dibakar dalam konvoi itu adalah subsidi rakyat. Setiap kilometer konvoi adalah duit rakyat yang hangus," katanya lagi.
Susulan perang di Asia Barat, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2 hingga 8 April meningkat kepada RM6.02 seliter. Ia meningkat RM0.50 berbanding harga minggu lepas.
Harga RON95 pula, dengan atau tanpa subsidi, kekal dengan masing-masing RM1.99 dan RM3.87 seliter.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan