PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 3 APRIL 2026
RAYA HARI KE 14
PERANG HARI KE 35
HARI INI HARI GOOD FRIDAY
PENGANUT AGAMA KRISTIAN MERAYAKAN HARI INI - HARI GOOD FRIDAY – HARI NABI ISA NAIK KE LANGIT !
TRUMP BUAT LAWAK BERDIRI
Kemarin Rakyat Amerika mendengar Presiden Trump buat lawak berdiri 20 minit kah. Kah kah kah. Trump klim perang dengan Iran – AMERIKA dah menang kah kah kah.
Trump dalam MASA dua minggu akan bom Iran hancur hingga Iran kembali ke zaman batu kah kah kah
LAWAK LAWAK LAWAK – HAKIKATNYA – SEMUA NEGARA EROPAH TAK SOKONG PERANG TRUMP.
Bukan hanya Sepanyol di bawah kerajaan SOSIALIS yang kutuk Trump – Meloni dari Itali tak benar kapal tebang Amerika mendarat isi minyak di Itali.
Macron dari Paris tolak rancangan hantar kapal perang untuk BUKA Selat Hormuz.
AUSTRIA negara kecil pun menolak dan TIDAK MEMBENARKAN PESAWAT AMERIKA MELINTAS RUANG UDARA AUSTRIA – kah kah kah.
PARAH PARAH AMERIKA DAH PARAH !!! KAH KAH KAH.
Tidak cukup dengan ini : MENTERI PERANG AMERIKA BERGADUH DENGAN PANGLIMA PERANG AMERIKA – kah kah kah
Tidak cukup dengan ini : Trump buang PEGUAM NEGARA AMERIKA – ini kerana Peguam negara Amerika ini membuka fail Epstein untuk di baca umum. KAH KAH KAH.
Semua ini adalah berita baik untuk rakyat dunia.
AWAS !!!
Anwar bin Ibrahim nak beli senjata dari TRUMP bernilai berbilion ringgit – ini BUKAN FITNAH - berita ini datang dari SOSIAL MEDIA PRESIDEN TRUMP.
Justeru TURUN TURUN TURUN – Ahad ini petang jam 3 kita berjumpa DI SOGO. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini basah dan sejuk – kemarin petang hujan lebat. Matahari dah keluar. KL & KL Sentral berkabus berjerebu, Langit biru indah arah ke Shah Alam – Arah Sungai Besi langit kelam.
Gua mendaki bukit. Suara How Wow boleh di dengar tapi jauh. Kereta masih ramai. Membakar di sana sini. Mercun tak banyak meledak.
Hampir di lorong keluar ada satu keluarga sedang membersihkan kubur. Gua bertanya pada anak muda – KUBUR SIAPA ? Ini kubur DATUK SAUDARA – Bila meninggal ? Dia ketawa kerana dia masih muda – hanya 20 tahun dan tak tahu tarikh mati Datuk Saudara - Kubur dah lama.
Gua rasa hari ini akan panas – jika petang hujan malam sejuk santai – Malam Hujung MINGGU. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
HARI JUMAAT YANG BAIK
Mempelam jatuh di pagar berduri
Anak dara memasak putu
Trump buat lawak berdiri
Nak bom Iran ke Zaman Batu
Seterika kecil dilihat ganjil
Simpan boneka di dalam kotak
Amerika dah jadi barua Israel
Askar Amerika mati katak
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT





1 ulasan:
Beli senjata dari u.s? wow politikus yankees buat duit, tikus2 malaya pun tak mau kalah
Catat Ulasan