REBAK MAKIN
MEREBAK
117 kes baharu Covid-19 dilaporkan, kata menteri
SEBANYAK 117 kes baharu Covid-19 dikenal pasti di Malaysia menjadikan jumlah kes kepada 790, umum Menteri Kesihatan hari ini.
Dari jumlah baharu ini, 80 dikaitkan dengan kumpulan tabligh di masjid di Seri Petaling, kata Dr Adham Baba.
“Setakat ini 15 kes dirawat di unit rawatan rapi,” katanya.
Beliau berkata 11 pesakit dibenarkan keluar dari hospital selepas dirawat menjadikan jumlah pesakit pulih seramai 60 orang. – 18 Mac, 2020.
MARI KITA
SAMA SAMA
IKUT
ARAHAN
-------
1 ulasan:
Orang balik kampung semalam tt. Semalam mana ada lickdown lagi. Mana ada arahan jangan balik kampung. Arahan polis pun tunggang langgang. Arahan mano yg nak diikut ni?
Catat Ulasan