Khamis, 18 Jun 2026
APA MAKNA BERITA INI ?
BERITA INI
BAWA MAKNA
PROJEK PRU16
DAH DEKAT
KAH KAH KAH
PASTI ADA
NAMA POLITIKUS
SANGKUT
KAH KAH KAH
SANGKUT SAJA
DAH CUKUP
TAK LEH TANDING
KHALAS
Op Daya: Lebih 1,600 syarikat dalam radar SPRM
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,638 syarikat berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit dalam kes pemalsuan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 dianggarkan bernilai mencecah RM45 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, berkata pihaknya bagaimanapun memberi tumpuan kepada 143 syarikat yang dikenal pasti pada fasa awal siasatan sehingga membawa kepada penahanan 97 individu menerusi Op Daya.
"Dalam unjuran awalan kami, saya menyatakan bahawa sebanyak 143 syarikat dikenal pasti setakat ini tapi dalam risikan dan juga penyiasatan yang kami lakukan, terdapat 1,638 syarikat sebenarnya.
"Dari segi unjuran 'dolar dan sen' adalah merangkumi jumlahnya (sebanyak) RM45 juta," katanya pada sidang media mengenai perkembangan siasatan Op Daya di sini, hari ini.
PETANG INI
PETANG INI
JAM 2 PETANG
DARI BALKONI LE CHATEAU
LANGIT BIRU CERAH BERAWAN PUTIH
ALAM INDAH
SUARA UNGGAS
TIDAK KEDENGARAN
LE CHATEAU AGAK SUNYI
SUNYI MUNGKIN KERANA PANAS
PANAS PETANG
YANG MENJANJIKAN
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN
DIRIKAN RUMAH BESAR
HENDAK
KE PUTRAJAYA
WAJIB
KERJASAMA
BARISAN BERSATU
DENGAN PAS
DAN SEMUA PARTI
AMIN
HUMBANKAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
AMIN
DIRIKAN
RUMAH BESAR
SEMUA MASUK
KECUALI ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
PRN Johor: Zahid pikat undi Cina saat BN idam kuasai Putrajaya
Tiga tahun lalu, di tengah kebuntuan pasca-pilihan raya antara Pakatan Harapan, BN dan Perikatan Nasional yang menjerumuskan negara ke parlimen tergantung pertama sejak merdeka, Ahmad Zahid Hamidi muncul sebagai sosok tidak dijangka yang mencorak masa depan politik negara.
Presiden Umno dan pengerusi BN itu, selepas mendapati PN berjaya menarik sekumpulan ahli parlimen BN dan sudah berada di ambang kuasa, menekan brek terhadap wakil rakyat yang ingkar arahan parti.
Sebaliknya, Zahid memilih untuk membawa BN ke arah PH. Kumpulan politik lain yang ketika itu berhati-hati memerhati percaturan antara tiga gabungan utama itu akhirnya turut mengikut langkah tersebut, lalu lahirlah Kerajaan Perpaduan.
Bagi ramai pengundi Cina, ia detik yang bercampur-baur dan terasa seperti tidak nyata. Dalam perbualan dalam talian, ada yang secara bergurau merujuk presiden Umno itu sebagai “Zahid BB” - singkatan kepada baby, istilah manja yang lazim digunakan dalam bahasa internet Cina.
Lelaki yang sebelum itu dipandang serong ketika berdepan pertuduhan rasuah, akhirnya menyelamatkan mereka daripada kemungkinan terbentuknya kerajaan PN, yang akan turut menampilkan PAS sebagai rakan kanan, parti dengan kecenderungan teokrasi yang sering membimbangkan golongan minoriti.
Hari ini, negara sekali lagi berada di persimpangan politik dan Zahid muncul semula sebagai tokoh penting yang akan mempengaruhi keseimbangan kuasa.
Selepas BN mencetuskan pilihan raya awal di Johor pada awal Jun, gabungan itu menjelaskan ia akan bertanding di semua kerusi negeri, menentang rakan-rakannya sendiri dalam kerajaan persekutuan.
Langkah itu mempunyai persamaan yang mencemaskan dengan pelan permainan BN pada 2021. Gabungan itu, di bawah kepimpinan Zahid, kelihatan sukar disekat selepas mencetuskan beberapa siri pilihan raya awal di Melaka dan Johor, sebelum merampas semula kerajaan negeri dengan meyakinkan.
Kejayaan itu menyuntik keyakinan kepada BN dan menggugat kerajaan persekutuan PN-BN ketika itu, yang akhirnya membawa kepada penyingkiran Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Ismail Sabri Yaakob daripada Umno mengambil alih tampuk kuasa dan, atas desakan partinya yang ketika itu dirangsang kemenangan di peringkat negeri, mengadakan pilihan raya umum.
Langkah besar Zahid ketika itu kelihatan seperti meletakkan BN di landasan kebangkitan besar.
Namun, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 memberi gambaran yang sangat berbeza. Penghijrahan tidak dijangka pangkalan tradisi pengundi Umno ke PN, khususnya di negeri-negeri utara, menyaksikan BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarahnya.
Sebanyak 30 kerusi parlimen yang dimenangi BN membolehkannya memainkan peranan sebagai penentu kerajaan namun gabungan itu merosot ke tahap baru dan masuk ke dalam Kerajaan Perpaduan sebagai rakan junior.
Namun, dalam tempoh hanya tiga tahun, keadaan kelihatan kembali memihak kepada Zahid dan BN.
Pergeseran antara Bersatu dan PAS mengancam untuk memecahkan PN manakala PH pula bergelut dengan pangkalan pengundi yang kecewa terhadap ketiadaan reformasi yang benar-benar bermakna.
BN kini menikmati angin sokongan seperti pada hujung 2021, tetapi kali ini gabungan itu kelihatan lebih berhati-hati agar tidak terlalu hanyut, sambil mula menyusun asas gerakannya. Ketika cuba merampas semula sokongan Melayu daripada PN, BN turut menyasarkan pengundi Cina yang selama ini secara tradisinya menyokong PH.
Sepanjang tiga tahun lalu, BN dan PH mengelak pertembungan langsung dalam beberapa pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil. Kerjasama itu membantu BN melembutkan imejnya dalam kalangan pengundi Cina.
Sebahagian yang dahulu menolak terus gabungan itu sebagai beban pilihan raya, susulan persepsi sejarahnya yang dilihat terlalu melayan retorik keras dengan mengorbankan minoriti, akhirnya mengundi BN atas nama Kerajaan Perpaduan.
Kempen memikat
Kini, dengan rancangan untuk bergerak solo di Johor, BN berharap dapat meneruskan pemulihan imejnya dalam kalangan pengundi Cina tanpa bantuan PH.
Sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor, pemimpin BN menghantar isyarat perdamaian secara berterusan kepada masyarakat Cina.
Awal bulan ini, Zahid memberi wawancara berasingan kepada Sin Chew Daily, China Press dan Nanyang Siang Pau. Itu wawancara pertamanya dengan media berbahasa Cina sejak menjadi timbalan perdana menteri selepas PRU15 pada 2022.
Beberapa hari kemudian, menteri besar sementara Johor Onn Hafiz Ghazi pula ditemu bual secara bersama oleh media berbahasa Cina.
Pendekatan media yang disusun rapi itu kelihatan seperti usaha sengaja untuk mengukur suhu politik masyarakat tersebut.
Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Zahid berkongsi bahawa sebahagian rakan Cinanya menyifatkan dia berubah daripada “zero to hero” selepas pilihan raya umum 2022.
Zahid juga bercakap secara terbuka dalam wawancara itu mengenai cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.
Selama lebih sedekad, Zahid berada begitu hampir dengan jawatan perdana menteri, selepas dua kali memegang jawatan timbalan perdana menteri sejak 2015.
Kebangkitan semula BN akan meletakkan jawatan tertinggi itu ke dalam jangkauannya.
Ahli parlimen Bagan Datuk itu berkata, sekiranya peluang itu muncul, dia akan mengejar tiga matlamat: memperbaiki ekonomi, memastikan keadilan dalam pendidikan dan mengukuhkan keselamatan negara.
Matlamat itu sendiri tidak begitu kontroversi. Namun, pemimpin PH seperti Liew Chin Tong daripada DAP berhujah bahawa cita-cita BN mencerminkan obsesi yang tidak pernah dapat dilepaskan BN, atau lebih khusus Umno - keinginan untuk mendominasi.
Malah ketika BN berada pada titik paling rendah, rakan minoriti Umno, MCA dan MIC, pernah mengadu mengenai kekurangan rasa hormat, dengan MIC pada satu ketika mempertimbangkan untuk meninggalkan gabungan itu.
Ketegangan itu sebahagiannya berpunca daripada peranan wakil minoriti dalam kerajaan yang diisi PH, sekali gus meninggalkan ruang yang kecil kepada parti minoriti dalam BN. Jika Umno berjaya memulihkan nasib BN, MCA dan MIC juga berpeluang mendapat manfaat.
Bayangan awal Zahid
Di peringkat persekutuan, percakapan Zahid mengenai jawatan perdana menteri mungkin menjadi bayangan awal kepada apa yang akan berlaku selepas pilihan raya negeri.
Pilihan raya Johor pada 11 Julai bukan sekadar pertandingan peringkat negeri. Ia juga menjadi ukuran arah politik negara. Pilihan raya Negeri Sembilan dijadualkan pada 1 Ogos manakala pilihan raya Melaka perlu diadakan pada November.
Dewan Undangan Negeri Sembilan yang diterajui PH dibubarkan dalam suasana tidak menentu selepas wakil BN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, sebelum berpatah balik kemudian.
Prestasi kukuh BN di Johor boleh membina momentum di negeri-negeri seterusnya, sebelum gabungan itu mengatur langkah di peringkat persekutuan, seperti yang dilakukannya antara 2021 dan 2022.
Di Johor, tokoh utama BN negeri, Onn Hafiz, sudah mula bergerak di lapangan. Dia cuba memikat pengundi Cina dengan menonjolkan rekod dan dasar pentadbirannya.
Dia menegaskan kerajaan Johor secara konsisten memperuntukkan dana kepada pendidikan Cina, termasuk sekolah rendah Cina, sekolah menengah persendirian Cina dan Southern University College.
Onn Hafiz turut menjelaskan kenyataannya mengenai keengganan untuk duduk semeja dengan DAP, parti yang secara tradisinya bergantung kepada pengundi Cina.
Menteri besar sementara itu memberi jaminan kenyataannya tidak membawa maksud perkauman, sambil menjelaskan komen “semeja” itu bersifat kiasan, bukannya penolakan secara literal untuk bertemu DAP. Menurut Onn Hafiz, maksudnya dia tidak akan membentuk kerajaan negeri bersama DAP.
Pertembungan sengit
Kesungguhan BN memikat pengundi Cina sebahagiannya berpunca daripada perpecahan pangkalan sokongan Melayu, yang sebahagiannya sudah beralih kepada PN.
Pada masa lalu, kekuatan terbesar Umno sentiasa terletak pada keupayaannya menang di kawasan teras Melayu dengan majoriti yang sukar digugat. Keadaan itu kini sudah berubah, malah di Johor yang menjadi tapak asal Umno sendiri.
Undi Melayu dan bukan Melayu kini sama-sama menjadi rebutan dan BN bertekad untuk menggempur di kedua-dua medan.
Sebaliknya, PH perlu bertahan dan melindungi pangkalan sokongan tradisinya.
Selepas tiga tahun dalam kerajaan, PH tidak lagi menikmati momentum politik yang pernah dimilikinya ketika menjadi pembangkang. Kompromi dasar dan rentak reformasi yang perlahan secara beransur-ansur menghakis kesabaran penyokongnya.
Kebimbangan terbesar PH bukanlah pengundi bukan Melayu berpaling secara besar-besaran kepada BN atau PN, tetapi lebih kepada sikap tidak peduli dalam kalangan pengundi.
Pada pilihan raya negeri Johor sebelum ini, PH memenangi 12 kerusi, dengan 10 daripadanya dimenangi DAP.
DAP sering menggunakan strategi membuka medan baru pada pilihan raya lalu, dengan menghantar tokoh utama bertanding di kerusi yang sebelum itu dianggap sukar dimenangi.
Kali ini, keutamaannya lebih asas: memastikan penyokong sedia ada masih sanggup keluar mengundi.
Ketika pemain politik berkejaran membuat persiapan di Johor, negeri itu kini membentuk kepingan pertama dalam rangkaian domino yang akan menentukan imbangan kuasa di Putrajaya dan arah pilihan raya umum akan datang.
BUKA RUMAH BESAR BARU
UNTUK
BENTUK
KERAJAAN
PAS WAJIB
KERJASAMA
DENGAN UMNO
DAN
UMNO WAJIB
KERJASAMA
DENGAN PAS
KHALAS
MAT TERAM GERTAK LAGI
DUNIA TAHU
MAT TERAM KAKI
GERTAK
KAH KAH KAH
IRAN DAH LAMA
TUNGGU BILA
SOLDADU TERAM
NAK MENDARAT
KAH KAH KAH
SATU DUNIA
AKUI MAT TERAM
DAH KALAH
KAH KAH KAH
AMIN
Perjanjian dengan Iran belum muktamad, Trump beri amaran serangan boleh disambung semula
ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata perjanjian yang diumumkan dengan Iran minggu ini hanyalah "memorandum persefahaman" dan masih tertakluk kepada perubahan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Jika saya tidak menyukainya, kami akan kembali menyerang mereka," kata Trump kepada pemberita ketika pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi.
Beliau memberi amaran bahawa sekiranya pemimpin Iran "tidak berkelakuan baik", AS akan menyambung semula "pengeboman" ke atas wilayah negara itu.
Washington dan Tehran mencapai gencatan senjata sementara pada April lalu menerusi pengantaraan Pakistan sebelum mengumumkan perjanjian rangka kerja pada Isnin bagi menamatkan konflik.
Perjanjian itu dijangka ditandatangani secara rasmi di Switzerland pada Jumaat.
Trump berkata objektif teras perjanjian itu adalah untuk menghalang Tehran daripada memperoleh senjata nuklear.
Presiden AS itu turut menolak laporan mengenai dana pembangunan berjumlah AS$300 bilion yang boleh diakses Iran dan didakwa melibatkan wang pembayar cukai AS, dengan menyifatkannya sebagai "cerita palsu".
"Kami tidak melabur. Kami tidak mengeluarkan walaupun 10 sen," kata Trump sambil menambah bahawa pihak lain mungkin memilih untuk melabur.
"Saya fikir mereka tidak akan berbuat demikian buat sementara waktu sehingga mereka melihat bagaimana tingkah laku Iran," katanya.
Mengenai kesan ekonomi global akibat perang itu, Trump berkata harga minyak telah "menjunam" susulan reaksi pasaran terhadap pengurangan ketegangan.
Beliau turut berkata bahawa Selat Hormuz "sudah dibuka sebahagiannya" dan menjangkakan laluan air strategik itu akan kembali beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua hari lagi.
Trump berkata tanpa perjanjian itu, dunia mungkin berdepan "kemelesetan ekonomi" kerana selat berkenaan akan terus ditutup berikutan risiko serangan roket dan periuk api.
TUKAR AGAMA KERAN PERCAYA
TUKAR AGAMA
KERANA PERCAYA
LEBIH MULIA DARI
TUKAR AGAMA
KERANA PROJEK
AMIN
Unknown commented on
"MATI DALAM ISLAM"
Memang lah masuk Islam banyak percuma, banyak kelebihan banyak keuntungan, ini diketahui sejak zaman kesultanan Melayu Melaka kan? Ramai-ramai masuk ikut pemimpin ketika itu untuk apa? Tetiba terbuka hati mata?
Kah kah kah kalau percaya terbuka hati tak percaya sangat sebab mereka masih amalkan syirik selepas itu pun, golongan DKK ini contoh mudah nasi kandar nasi kari India semuanya bisnes plan kepada muslimin muslimat kah kah kah kah
HENTIKAN BUDAYA BODEK CIUM TANGAN
HENTIKAN
BUDAYA BODEK
CIUM TANGAN
KHALAS
Unknown commented on
"UNIVERSITI PERLU DUIT"
Apabila kualiti bukan lagi satu keutamaan, memang jenama bodek rasuah sentimen kaum akan berleluasa, sekarang memang begitu, orang-orang kualiti zaman pimpinan Mahathir Mohamad, selepas zaman Mahathir semuanya terikut-ikut budaya cium tangan cium tangan ✋ kah kah kah kah
hanya Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang mengakui kualiti yang lain tidak layak langsung kah kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 18 JUN 2026
PERANG HARI KE 111
GENCATAN SENJATA JALAN KEMBALI
ESOK JUMAAT 19 JUN DI GENEVA
Kah kah kah
Kah kah kah
Di laporkan Trump dah lecok MEMO SEFAHAMAN – kah kah kah – lecok cara leteronik – IRAN BELUM LAGI – Jumaat di Geneva baru Iran nak lecok.
SETANYAHU – kah kah kah
Sedang sabotaj – Israhell terus serang Lebanon – jika ini berterusan Iran akan menyerang Israhell –
300 BILON DOLAR
Heboh heboh Iran akan dapat 300 Bilion dolar – Mat Teram kata ini bukan duit Amerika – kalau bukan duit Amerika duit sapa? Kah kah kah.
Adakah PAK ARAB telah di paksa bayar PADA IRAN oleh Mat Teram – yang jelas PELABURAN MASUK.
Sekatan terhadap Iran di hapus. Iran boleh jual minyak – Iran kembali bergelumang dengan duit minyak.
NUKLEAR ? ini akan terus di bincang – dalam masa 2 bulan – sebelum JANJI DAMAI di tanda tangani.
BELAKANG PINTU :
ISRAHELL dan SETANYAHU
MENUNGGU UNTUK SABOTAJ
Setanyahu dah berani lawan Towkay kah kah kah.
MADAFAKA ANWAR BIN IBRAHIM
Kini TERBUKTI JELAS MADAFAKA LEBIH ZALIM LEBIH GANAS LEBIH RAKUS MEROMPAK DARI MAHAFIRAUN – jeng jeng jeng
Dalam masa terdekat Madafaka akan mengganas – untuk MEMASTIKAN TERUS BERKUASA.
TUNNGU dan Lihat.
NOTA:
Jika PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan menunjukkan MUSUH lebih berjaya maka MADAFAKA akan jalankan PRU TERGEMPAR UNTUK NEGARA – jeng jeng jeng BERSEDIA kah kah kah
KATA KUNCI yang wajib terus diikuti ialah PENGKHIANAT !!! amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering. Matahari belum keluar. Langit biru berawan putih. Terkukur berlagu – suara yang lain tak kedengaran.
Siti muncul ikut gua ke Wakaf Tiga dan bersenam. Berjalan pulang di depan Pokok Ara ramai muncul – lalu gua beri makan. Puppy Hitam datang – dia makan bersama Tiong – pagi ini hanya saekor TIONG turun makan. Puppy Hitam KELIHANTAN masih kurus.
Berjalan pulang depan pintu lif Mat Oren muncul – Tak Tak jadi excited nak gaduh – Mat Oren membesarkan diri – gua tarik Tak Tak masuk ke dalam lif.
Ketika gua menulis matahari belum bersinar – gua rasa hari ini akan panas. Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS
BRO
Lu jadi orang baik dan bijak bila lu tak bersembang bergosip tentang seluar dalam orang lain.
BRO
Lu tak perlu jadi pelawak dalam keramaian itu – jangan bawa lawak bodoh – malukan diri.
BRO
Lu tak perlu tunjuk yang lu sibuk. Lu buat senyap-senyap - lu hasilkan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)













