Jumaat, 19 Jun 2026
GARIS REVOLUSI ANTI AMERIKA !!!
GARIS POLITIK
SYIAH GARIS
REVOLUSI
ANTI AMERIKA
AMIN
JUSTERU WAJIB
DISOKONG
AMIN
ISHAM RAIS
BUKAN SYIAH
DIA TAK
SEMBANYANG
KHALAS
Unknown commented on
"RAKYAT TAK PILIH MADAFAKA"
rakyat pilih puak syiah ke? ye ali, ye habibi, ye khamenei! kah kah kah!
Unknown commented on
"PAGI INI"
puak syiah tusuk jarum lagi. kalaulah hebat sangat kenapa tak serang rumah putih secara langsung? tak ada bola ke? kah kah kah!
Unknown commented on
"BOSNIA BERKULIT PUTEH"
puak syiah tak payah menyemak di brickfields, isham dan rohingya boleh berambus ke myanmar! kah kah kah!
NETANYAHU AKAN SABOTAJ TRUMP
SETANYAHU
ZIONIS ISRAHELL
AKAN SABOTAJ
AMIN
BEBANON AKAN
TERUS DISERANG
KHALAS
Republikan kecam perjanjian Iran Trump apabila butiran mula didedah
WASHINGTON: Perjanjian sementara yang dicapai Presiden Donald Trump untuk menamatkan perang dengan Iran menerima kritikan hebat daripada beberapa anggota Parti Republikan sendiri apabila salinan perjanjian yang ditandatangani mula diedarkan di Capitol Hill hari ini.
Seorang senator Republikan menyifatkan kerangka perjanjian yang diumumkan minggu ini sebagai "kesilapan dasar luar paling buruk dalam beberapa dekad", manakala seorang lagi berkata beberapa peruntukan yang dilaporkan kelihatan "tidak bijak".
Beberapa pengulas konservatif yang lazimnya menyokong Trump turut mengkritik perjanjian itu.
Kritikan berkenaan merupakan teguran yang jarang berlaku daripada ahli-ahli Republikan yang selama ini kebanyakannya memberikan sokongan penuh kepada Trump.
Namun, mereka semakin bimbang apabila kesan ekonomi konflik Iran menjejaskan peluang parti itu menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November yang akan menentukan penguasaan Kongres.
Parti Demokrat, yang berusaha merampas semula kawalan satu atau kedua-dua dewan Kongres, turut mengkritik perjanjian berkenaan.
Rumah Putih menghantar teks Memorandum Persefahaman (MOU) AS-Iran kepada anggota Kongres pada Khamis, sehari selepas Trump menandatangani perjanjian awal untuk menamatkan perang.
Dokumen yang dilihat Reuters itu sepadan dengan kandungan yang dibacakan oleh seorang pegawai AS pada Rabu.
Ahli-ahli Kongres daripada kedua-dua parti berkata, mereka mahukan lebih banyak maklumat daripada Rumah Putih.
Menjelang Khamis, pembantu kongres memaklumkan bahawa tiada taklimat diberikan kepada Kongres mengenai perjanjian itu atau rancangan pentadbiran Trump, dan tiada sebarang jadual taklimat diumumkan.
Kritikan Terhadap Pelepasan Aset Iran
Antara kritikan paling keras ialah laporan bahawa pentadbiran Trump bersetuju melepaskan aset Iran yang dibekukan, membenarkan penubuhan dana kekayaan swasta bernilai AS$300 bilion untuk merangsang pelaburan di Iran serta melonggarkan sekatan ekonomi.
Senator Republikan dari Louisiana, Bill Cassidy, berkata cita-cita nuklear Iran tidak berjaya dibendung.
"Iran kini belajar bahawa mengancam Selat Hormuz berkesan dan mereka pasti akan menggunakan taktik itu lagi pada masa depan," katanya.
Beliau menyatakan bahawa sebelum perang, Selat Hormuz terbuka dan Iran berdepan sekatan yang ketat.
"Kini, 13 rakyat Amerika terbunuh, keluarga-keluarga membayar berbilion dolar untuk bahan api, sekatan akan ditarik balik dan pengeboman dihentikan. Ini adalah kesilapan dasar luar paling buruk dalam beberapa dekad," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, Roger Wicker, pula bimbang MOU itu mengorbankan kejayaan ketenteraan Amerika.
Beliau juga menentang sebarang langkah memaksa Israel menghentikan operasi terhadap Hizbullah di Lubnan serta membantah penarikan sekatan atau pelepasan dana Iran hanya sebagai balasan kepada persetujuan Iran untuk berunding selama 60 hari lagi.
Trump Balas Pengkritik
Trump membalas kritikan itu menerusi media sosial.
"Golongan bodoh ini, yang fikir saya tidak cukup tegas terhadap Iran, sedangkan pasaran saham baru sahaja mencatat rekod tertinggi dan harga minyak sedang menjunam, sama ada mereka cemburu, berniat jahat atau tidak bijak. MAKE AMERICA GREAT AGAIN!," katanya.
Perjanjian yang membuka semula Selat Hormuz dan menamatkan konflik itu dilihat sebagai perkembangan positif bagi Trump, yang memerlukan jalan keluar daripada perang yang telah meningkatkan harga tenaga dan mengurangkan sumber ketenteraan Amerika.
Namun, pengkritik berhujah bahawa perjanjian sementara itu memberi manfaat besar kepada Iran sebagai pertukaran kepada dua perkara yang sebenarnya telah dimiliki Amerika sebelum perang, iaitu laluan Hormuz yang terbuka dan janji Iran untuk tidak membangunkan senjata nuklear.
Pengulas Konservatif Turut Mengkritik
Pengulas konservatif terkenal, Ben Shapiro, yang sebelum ini menyokong serangan AS-Israel terhadap Iran, menyifatkan memorandum tersebut sebagai "bencana".
Beliau menyalahkan Naib Presiden, JD Vance kerana menyokong perjanjian itu.
"Berdasarkan teks yang ada, MOU ini kelihatan seperti satu bencana yang gagal mencapai matlamat utama pentadbiran," katanya.
Seorang lagi penyokong kuat Trump, Mark Levin, turut mengkritik keputusan pentadbiran yang tidak memasukkan isu peluru berpandu balistik Iran dalam perjanjian.
"Meremehkan ancaman peluru berpandu ini dan tidak memasukkannya dalam sebarang perjanjian adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya.
Ada Republikan Yang Menyokong
Walaupun menerima kritikan, perjanjian itu masih mendapat sokongan daripada sebahagian Republikan.
Senator Republikan dari Kansas, Roger Marshall, memuji Trump kerana memilih "jalan menuju keamanan berkekalan dan bukannya satu lagi perang tanpa penghujung".
Beliau berkata akan terdapat kawalan terhadap bagaimana Iran membelanjakan dana yang diterima dan wang tersebut tidak datang daripada pembayar cukai Amerika.
Perlu Semakan Kongres
Ahli-ahli Kongres mungkin akan menyemak perjanjian itu pada masa hadapan.
Di bawah Akta Semakan Perjanjian Nuklear Iran-Amerika Syarikat (INARA), sebarang perjanjian yang melibatkan program nuklear Iran dan pelonggaran sekatan perlu diteliti oleh Kongres.
Pentadbiran Trump memberikan isyarat bercampur-campur sama ada perjanjian itu akan dihantar untuk semakan Kongres.
Namun beberapa ahli politik, termasuk Senator Republikan, Lindsey Graham berkata dokumen tersebut mesti dibawa ke Capitol Hill untuk diteliti. - REUTERS
EZAM UMRAH PAKAI DUIT SAPA?
ARAH SPRM
SIASAT
EZAM MAT NOR
KES UMRAH
EZAM PAKAI
DUIT SAPA?
JENG JENG JENG
TUTUP MULUT
EZAM JANGAN
CAKAP BANYAK
KHALAS
MANA RAFIZI DAN NAIK NAZMI DAPAT DUIT ?
FAUZIH GEMOK
UDAH SILAP
AMIN
PATUTNYA ARAHKAN
SPRM SIASAT
DARIMANA RAFIZI
DAN NIK NAZMI
DAPAT DUIT BELI
KASUT BALLY
AMIN
BUKA KES AMLA
WANG HARAM
AMIN
DALAM PRU16
NIK DAN RAFIZI
TAK BOLEH
BERTANDING
KERANA ADA KES
KAH KAH KAH
KHALAS
PKR serah peguam tentukan tindakan terhadap Rafizi, Nik Nazmi - Fuziah
JOHOR BAHRU: Tindakan lanjut terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meninggalkan PKR, diserahkan kepada peguam yang dilantik parti, kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
Beliau menambah, langkah susulan terhadap bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden PKR itu akan diputuskan pasukan peguam parti.
"Mereka sudah letak jawatan sudahlah, sudah keluar parti. Jadi, saya serahkan kepada pasukan peguam," katanya.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan demikian pada sidang media selepas meninjau Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Pasar Raya Econsave Cash & Carry di Taman Daya, di sini hari ini.
Terdahulu pada 17 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa disusuli pengumuman keluar PKR.
Berikutan itu, PKR dilaporkan meneliti kemungkinan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka mengikut peruntukan Akta Antilompat Parti serta menuntut bon bernilai RM10 juta yang dikenakan terhadap kedua-dua mereka.
Rafizi dan Nik Nazmi kemudian mendaftar sebagai ahli biasa Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) pada 21 Mei, namun PKR menganggap tarikh ikrar keluar parti dibuat mereka adalah pada 17 Mei
ROHINGYA HITAM BIN LEGAM
ROHINGYA
DIBENCI KERANA
TAK PUTIH
MACAM
BOSNIA
KHALAS
Unknown commented on
"AMERIKA DAH BUNGKUS"
Cantik...bila nak bungkus rohingya? Kasi ic sama taraf bumiputra lerr..baru se isle. Ini wajib dan harus.
RAKYAT TAK PILIH MADAFAKA
RAKYAT
TAK PILIH
MADAFAKA
KHALAS
Unknown commented on
"TANYA FAHMI TIKUS"
Hahaha dah la tua, ckp sikit masuk tv, rakyat tak pilih korang kot, pipi tesorong sorong… malu tak erti… sila masuk bakul, angkat sendiri humban dalam lubang, kambus sendiri…
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 19 JUN 2026
PERANG HARI KE 112
GENCATAN SENJATA JALAN KEMBALI
HARI INI JUMPA DI GENEVA
Sapa wakil Trump ?
Sapa wakil Iran ?
Masih belum jelas. Apa yang jelas sebelum 29 Februari dulu Amerika daN Iran sedang berbincang DI GENEVA.
PERSETUJUAN dah hampir tercapai – Masuk Setanyahu terus PERANG BERMULA untuk gagalkan DAMAI antara Amerika dan Iran.
HARI INI KEMBALI KE GENEVA – tapi kali ini Iran ada senjata baru – SELAT HORMUZ – maka Amerika terpaksa tunduk dan menerima apa yang Iran mahu.
ZIONIS ISRAHELL?
Akan terus sabotaj – Setanyahu akan pastikan DAMAI ini akan gagal – Jika DAMAI ini berjaya bermakna wilayah Timur Tengah tidak lagi menjadi milik Israhell.
TUNGGU DAN LIHAT
Apa perkembangan seterusnya – kita tunggu dan lihat. Ekonomi dunia akan pulih tapi mengambil masa walau pun Selat Hormuz telah di buka. Kapal bawa tangki minyak dah mula bergerak – perlu masa untuk pulih seperti sebelum 28 Februari.
UK SATU PRK di MANCHESTER – nak pilih YB baru – Jika YB dari Parti Buruh ini menang maka dia akan langgar PM Starmer – UK akan ada PM baru – jeng jeng jeng.
SPRM MAKIN GILA MENANGKAP
Ini projek besar sebelum PRU16 – untuk pastikan MUSUH POLITIK MADAFAKA - semua ada kes – kah kah kah – bukan nak bukti salah – tapi kalau ada kes TAK DAPAT BERTANDING jeng jeng jeng – LANGKAH BIJAK
UNTUK PERMULAAN – Tangkap Pak Long Mail – tanya dia : Woit Mat Bera... lu mana dapat duit beli jongkong emas ? kah kah kah.
Pak Long Mail minta bicara – maka Pak Long Mail tak tanding PRU 16 – jeng jeng jeng – Pencabar Madafaka tewas – Madafaka selamat ... lu boleh sambung lagi... nama nama yang lu suka – kah kah kah KHALAS.
HOKKIEN
Pagi matahari belum bersinar – langit cerah. Petang kemarin macam nak ujan tapi tak jadi. Hokkien agak kosong – takda pekerja lalu lalang.
Siti muncul dia bergurau dengan Tak Tak dan ikut gua bersenam di Wakaf Tiga.
Berjalan pulang di Wakaf Pertama awalnya hanya ada Ibu Garang – kemudian yang lain muncul – Puppy Itam pun datang sama. Apabila dah ramai Tiong Laki Bini pun turun berlabuh datang makan. Pagi ini ramai makan gua gumbira.
Berjalan pulang Siti mengekor – gua beri dia makan – takda sapa ganggu.
Ha ha – di belukar TEPI PINTU masuk gua baru sedar pisang dah berbuah – Gua tak tahu ini pisang apa? Apakah Pisang Karuk yang tak enak di makan atau pisang apa? Gua nak tunggu dan lihat.
Wow – berjalan ke flet gua dengar Murai berkicau – indah sungguh pagi ini. Jap lagi cahaya matahari pasti muncul. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT
BRO
Lu jangan mudah pinjamkan duit pada sesiapa – Kalau lu pinjam duit pada kawan – lu akan PELUANG AKAN hilang kawan
BRO
Lu jangan gunakan duit lu untuk beli barang kerana nak tunjuk lu ada duit
BRO
Lu jangan mula belanja duit yang lu belum pegang – guruh di langit tak semestinya bawa hujan turun.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT
Langgan:
Catatan (Atom)









