BERITA PENTING
SAPERTI INI
KENAPA SUMBERNYA
AKHBAR SINGAPURA
AMIN
APAKAH SINGAPURA
MENJALANKAN
DASAR NEGARA
AMIN
Agong, raja-raja bincang krisis Covid-19 pada 16 Jun, kata laporan
KESEMUA sembilan raja dijangka mengadakan satu pertemuan khas pada 16 Jun, seminggu selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terima menghadap pemimpin parti politik, lapor portal berita Singapura Straits Times.
Memetik sumber parti politik dan istana, Straits Times berkata pertemuan khas itu akan diadakan di Istana Negara bagi membincangkan krisis Covid-19 yang semakin buruk.
Keputusan untuk mengadakan pertemuan itu dicapai pada minggu lepas ekoran krisis Covid-19 yang semakin teruk, isu program vaksinasi dan gesaan untuk menamatkan darurat dan Parlimen bersidang semula.
“Ini bukan Majlis Raja-Raja tetapi merupakan satu pertemuan khas,” kata sumber kepada Straits Times.
Kenyataan ini dibuat selepas beberapa portal berita termasuk The Malaysian Insight melaporkan Agong dijangka terima menghadap pemimpin parti politik minggu ini antara Rabu hingga Jumaat.
Memetik sumber dari PKR, Straits Times berkata parti itu mengakui “ada perbincangan dengan pihak istana” beberapa hari lepas tetapi sumber itu enggan mengesahkan sama ada pertemuan dengan Agong akan berlangsung minggu ini.
Ini kali pertama raja-raja mengadakan pertemuan selepas Majlis Raja-Raja yang sepatutnya berlangsung pada 24 Februari lalu dibatalkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Majlis Raja-Raja yang diadakan tiga kali setahun kini dijadualkan berlangsung pada 30 Jun. – 7 Jun, 2021.
2 ulasan:
kenapa lambat sangat... susah nak kojut bangun tidur ko
hahahahah
sedap bini baru
kah kah kah
Catat Ulasan