Jumaat, 1 September 2023

PARLIMEN. KAKI PONTENG


Kaji cadangan penalti kaki ponteng sesi Parlimen, kata wakil rakyat

AHLI Parlimen secara amnya menyokong cadangan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk menolak elaun sidang harian wakil rakyat bagi mengelak ketidakhadiran dalam kalangan mereka.

Bagaimanapun mereka mahu cadangan itu dikaji terlebih dahulu kerana dalam keadaan sekarang, ia terlalu tegar dan tidak mengambil kira keadaan istimewa dan kadangkala keanehan mengapa ahli Parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing bertanya sama ada menteri atau timbalan menteri dikenakan denda jika mereka tidak hadir kerana tugasan rasmi.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, mesti ada garis panduan yang dirangka mengenai apa yang boleh diterima dan ketidakhadiran yang tidak boleh diterima, atau waktu yang diperlukan untuk mereka hadir.

Tan berkata, objektif cadangan itu benar-benar bagus kerana ia bertujuan memastikan penggubal undang-undang memenuhi tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen, tetapi Johari perlu mempertimbangkan “isu praktikal.”

Beliau mengakui jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan memalukan mereka yang kerap tidak hadir.

Tan juga berkata, Johari harus mempertimbangkan untuk mengubah cara kehadiran ahli Parlimen didedahkan.

“Pada masa lalu, ia hanya pada akhir sesi suku tahunan,” katanya.

Beliau berkata mungkin wajar mempertimbangkan untuk mengumumkan kehadiran ahli Parlimen setiap hari atau mungkin setiap minggu sebagai penyelesaian jangka pendek.

“Ini bukan sahaja memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran wakil rakyat mereka tetapi juga sebagai peringatan kepada ahli yang kerap tidak hadir.”

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui berkata terdapat juga isu praktikal yang perlu dipertimbangkan.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, beberapa ahli Parlimen mungkin mendapati perbahasan mengenai isu tempatan tidak menarik minat mereka dan mungkin keluar dari dewan untuk melakukan perkara lain yang penting atau bertemu menteri untuk membincangkan perkara penting.

“Situasi yang kadang-kadang di luar dewan masih boleh diterima,” katanya.

“Speaker juga ahli Parlimen. Saya percaya beliau tahu kadang-kadang apabila ahli lain berbahas, memang ada yang tidak berada dalam dewan.

“Bagaimanapun, mereka masih berada di dalam bangunan Parlimen, mungkin di pejabat mereka berhubung dengan media atau bertemu dengan menteri dan timbalan menteri untuk membincangkan isu mendesak.

“Ketiadaan mereka di dalam dewan tidak semestinya bermakna mereka tidak bekerja.”

Beliau berharap Johari dapat mencari “pendekatan seimbang” yang menghukum mereka yang hanya mendaftar masuk dan keluar sambil mengekalkan sedikit fleksibiliti. – 1 September, 2023.

WOIT

INI LANGKAH 

BETUL 

DAH SAMPAI 

MASANYA

AMIN

KAKI PONTENG

TAK TAHU TUJUAN

PARLIMEN

AMIN

SENARAIKAN NAMA

UNTUK JANGAN

DICALONKAN

LAGI

AMIN

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejak MADANI ini agensi kerajaan dah kerja elok, Kastam kerja, Polis kerja, Imigresen kerja tapi paling penting JPJ kerja, of course lah SPRM kerja double triple lagi nak jaga semuanya kerja ikut etika, budaya TikTok ini bagus, banyak masalah rakyat dapat diligat terus bagus, warga asing kontrol ekonomi, warga asing stylo milo semuanya kena exposed bagus, dulu mana ada semuanya haram halal suci murni putih belaka kah kah kah apa pun walau ekonomi masih lembab percaya Madani akan berubah landscaping negara tak lama lagi, cuma kena jauhkan Taliban jauh Kerala sekaligus lagi baik, biar anjing haram menyalak tapi anjing tetap baik sebagai kawan manusia malah lebih baik dari Kerala kah kah kqh

Tanpa Nama berkata...

Orang asing sudah ke bulan, sudah ke planet Marikh, sudah buat kajian matahari, kita pulak asyik ponteng sekolah, tandas rosak, rumah rosak, rasuah berkeliaran merata meratip siang malam bangsa agama negara penyamun perompak perasuah pengkhianat kacau bilau sejarah kah kah kah, nak kata apa? Negaraku semakin rosak atau semakin mundur? Orang macam Mahathir macam Hadi macam Mahiaddin apa perlu ada manusia sebegitu lagi? Apa kebaikan mereka kepada umat manusia? Negara lain pemimpin diangkat kerana sumbangan sains teknologi canggih pelajaraan tinggi sini asyik perang mulut siapa juara mulut satu Malaysia? Mestilah Sanusi Hero Kedah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

TT, apa kata cadangkan elaun dibayar 1 minit RM1.00, jika ahli parlimen berada didewan mengikuti persidangan 400 minit dan lebih baharu dibayar penuh RM400.00

Tanpa Nama berkata...

Adoiiii

Kau org bawak Tun org tua bodoh berucap Mme Nak melingkup lagi bagi banyak majority kat PH DAP lerr nnpk nya


Kalau tak caye PH dapat lebih majority ko org tunggu keputusan PRK Ni Pulai dan Jeram ni


Bangang Ni kenapa ko org jemput ceramah

Org tua mangkuk tu barua DAp@LeeKwanYew yg di bakul sampahkan



Adopiii iiiiiii..?!?

Tanpa Nama berkata...

Adoiiii aaii... Kenapa lahh ko bawa orang tua Bodo tu setannnnn...!!

Kau org bawak Tun org tua bodoh berucap Mme Nak melingkup lagi bagi banyak majority kat PH DAP lerr nnpk nya

Boboi tu liberal, Marina Gereja tu lagi tebal bebal liberal nya bawah jenama SIS yg cabar hukum mahkamah syariah baru baru ni...

Cukup lah bawak orang tua bodoh ni ... Klu ada kuasa diberi kembali orang Melayu kena caci maki lagi... Kroni Cina di lambung kembali...


Kalau tak caye PH dapat lebih majority ko org tunggu keputusan PRK Ni Pulai dan Jeram ni


Kenapa lah si Bangang Ni kenapa ko org jemput ceramah

Org tua mangkuk tu barua DAP@LeeKwanYew yg di bakul sampahkan...

Sepatutnya legacy Ni kena ajar canner Niger , Mali, Bukina Faso, Sudah, Tongo, Gabon dah halau France Germany UK dan USA keluar dari benua Afrika...!!!

Kasi Berambosss trus org tua Bodo ni...



Adopiii iiiiiii..?!?