Jumaat, 1 September 2023

BULAN BARU


BULAN BARU

JUMAAT 1 SEPTEMBER
AWAL BULAN
RAMAI MASIH BERCUTI
JANGAN LUPA
LEPAS  INI BULAN OKTOBER
TAHUN LALU KITA
DI LANDA BANJIR


SIMPANG JERAM  & PULAI
KEMPEN BERJALAN RANCAK
ADA KATA  PULAI UNTUK PAKATAN
ADA KATA JERAM UNTUK PERIKATAN

APA YANG JELAS 
PRK INI PERTEMPURAN
MELAYU SAKAU
DENGAN
MELAYU ISLAM

SILA AMBIL PERHATIAN
PRK PELANGAI  SEKALI LAGI
DI PERLIHAT  DIMANA
SOKONGAN MELAYU
PADA PAKATAN
ATAU
PADA PERIKATAN
AMIN

AFRIKA SELATAN
DI JOHANNESBURG
74 MATI TERBAKAR
PENGHUNI DUDUK DALAM FLET
YANG TIDAK BERKUALITI
TAK SEMPAT NAK LARI

HONG KONG
TAUFAN SAOLA
DALAM PERJALANAN MENUJU
HONG KONG DAN GUANGDONG
WARGA DI MINTA BERSEDIA

TOKYO
100 TAHUN DULU
PADA 1 SEPTEMBER 1923
TOKYO DI LANDA GEMPA BUMI
105 RIBU WARGA TERKORBAN
KALI INI TOKYO
DAH BERSEDIA

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR CERAH BASAH
KELMARIN HUJAN
TERKUKUR BERLAGU
CENGKERIK BERSIMPONI
MATA HARI BELUM KELUAR

GUA MASUK HOKKIEN
ARAH KE SUNGAI
AIR SUNGAI JERNIH
NAMPAK AWAN DI LANGIT
NAMPAK IKAN DALAM AIR

PAGI INI GUA SENDIRIAN 
TAK TAK & EZI 
DI RUMAH TAMU HULU LANGAT
GUA HANTAR PETANG KELAMRIN
NAK BIASAKAN
DUDUK DI KAMPUNG ATAS BUMI

INI INAP MILIK DR DOG
YANG ADA HAMPIR 10 EKOR ANJING
TEPI HUTAN TEPI BUKIT
ADA ANAK SUNGAI
CUKUP INDAH UNTUK BEREHAT

GUA RANCANG NAK
KE PULAI 
NAK JADI PELANCUNG POLITIK
KAH KAH KAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
HARI BARU BULAN BARU

POKOK CENDANA POKOK GAHARU
SIMPAN  LADA DALAM CUKA
BULAN BARU HARI PUN BARU
KITA SAMBUT  DENGAN HATI TERBUKA

MASUK HUTAN PERGI MENYULUH
TEPI SUNGAI  MENCARI PASIR
LEPAS SEPTEMER BULAN SEPULUH
KITA BERSEDIA HADAPI BANJIR
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENYAMBUT 
SEPTEMBER

Tiada ulasan: