Jumaat, 1 September 2023

ABANG JO PERLI SIAPA ?


Pemimpin terdesak guna kaum, agama raih sokongan politik, kata Abang Jo

PREMIER Sarawak Abang Johari Abang Openg melahirkan rasa sedih kerana negara tidak dapat menumpu kepada kemajuan sebaliknya diheret dalam kemelut politik pemimpin terdesak.

Katanya, situasi itu tidak baik untuk negara yang sedang bergelut untuk mendepani pelbagai cabaran termasuk kembali pulih selepas dilanda pandemik Covid-19.

“Saya agak sedih kerana kebelakangan ini negara tidak begitu berupaya untuk memfokuskan tenaganya untuk kemajuan keseluruhannya.

“Terdapat pemimpin yang kelihatan agak terdesak untuk menggunakan isu kaum dan agama yang boleh memecah belahkan masyarakat majmuk semata-mata untuk meraih sokongan politik.

“Sudah pastinya ini tidaklah baik untuk negara ketika dunia bergelut dengan pelbagai masalah khususnya pandemik COVID-19, peperangan dan perubahan iklim global,” katanya.

Abang Johari sempat mengingatkan rakyat di Sarawak agar tidak leka dan terus bercakaran sesama sendiri hingga mempertaruhkan agama, kaum dan wilayah.

“Negara dijangka mencapai transisi daripada sebuah ekonomi pendapatan pertengahan tinggi atas kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2024.

“Namun, janganlah kita leka dan terus bercakaran sesama sendiri kerana itu cenderung membawa kepada perpecahan dari segi perbezaan agama dan bangsa atau keturunan atau dari segi wilayah.

“Jika kita saling prejudis antara satu sama lain, tenaga dan pemikiran hanya ditumpukan untuk mengalahkan pihak lawan, bukannya memikirkan pemulihan ekonomi negara untuk mensejahterakan rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, setelah 66 tahun merdeka pun, makna kebebasan dan kemerdekaan itu masih belum direalisasikan sepenuhnya.

Katanya lagi, masih ada ruang untuk merealisasikannya dan tidak dapat dinafikan ada kemajuan yang signifikan sudah dicapai oleh negara ini dan Sarawak yang merupakan sebahagian daripada Malaysia jika dibanding dengan negara lain.

“Negara kini berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang dipacu oleh aktiviti pembuatan dan perkhidmatan menjadi pengeksport utama barangan elektrik serta elektronik

“Berdasarkan laporan Bank Dunia, pertumbuhan ekonomi negara berada secara purata pada sekitar 5.4% sejak 2010.

“Negara dijangka mencapai transisi daripada sebuah ekonomi pendapatan pertengahan tinggi atas kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2024,” katanya.

Abang Johari yang berkata, walaupun Hari Kebangsaan hari ini disambut bagi meraikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, rakyat Sarawak harus bersama menyambutnya kerana ia sama penting dengan kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963.

“Kemerdekaan itu mencetuskan idea dan usaha untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah termasuk Singapura untuk menubuhkan sebuah negara Malaysia pada 16 September 1963.

“Pemimpin Sarawak pada ketika itu bersetuju untuk bergabung dengan wilayah-wilayah lain untuk menubuhkan Malaysia demi memelihara keselamatan Sarawak daripada kuasa dan pengaruh ideologi asing dengan syarat tertentu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya. – 31 Ogos, 2023.

ABANG JO INI

CAKAP APA?

KAH KAH KAH

DIA SENDIRI

KIBLAT MELAYU

MELANAU

KAH KAH KAH

MCA & DAP

UNTUK CHINA

AMIN

MIC UNTUK

INDIA

AMIN

UMNO UNTUK

MELAYU SAKAU

AMIN

AMANAH & PAS

UNTUK

MELAYU ISLAM

AMIN

BERSATU UNTUK

MELAYU BELAJAR MENYAKAU

AMIN

PKR YG MELAYU

SEDANG BELAJAR

PUTAR & SAKAU

AMIN

DI MALAYSIA MALAH

DLM DUNIA INI

SEMUA PARTI POLITIK UNTUK

BANGSA & KAUM

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Hakimi Abdul Jabar berkata...

A REASON WHY SECULAR CRIMINAL LAWS MUST PREVAIL IN MALAYSIA - NEURO PSYCHOTICS WILL WANT 2 OR 4 WITNESSES FOR THE CRIMINAL ACTS!

FUNNY THING IS NO ONE SHOUTED QAZAF FOR SHAARI!

Senior citizen jailed six years for having sex with animal https://www.thesundaily.my/local/senior-citizen-jailed-six-years-for-having-sex-with-animal-YL8692346

https://www.themalaysianinsight.com/s/161194

Hakimi Abdul Jabar berkata...

UNDANG-UNDANG JENAYAH SEKULAR UNGGUL TANPA DISKRIMINASI

Bila melibatkan sesetengah manusia berkaitan jenayah seks di bawah Kanun Keseksaan, ada saja fulamak & badut-badut menjerit Qazaf.

Tetapi dalam kes Shaari Hasan, bukan 4 orang saksi, 2 orang saksi pun tak nampak Tuan Shaari membalun punggung kambing betina itu. Tiada pula mangkuk-ayun melaungkan Qazaf!

Senior citizen jailed six years for having sex with animal https://www.thesundaily.my/local/senior-citizen-jailed-six-years-for-having-sex-with-animal-YL8692346

Hakimi Abdul Jabar berkata...

JELAS UNDANG-UNDANG JENAYAH SEKULAR UNGGUL TANPA DISKRIMINASI

... dua lelaki tempatan yang dipercayai meliwat seorang pelayan restoran mangsa lelaki berusia 20 tahun secara bergilir-gilir.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-lelaki-ditahan-liwat-pelayan-restoran-lapan-kali-284182

Hakimi Abdul Jabar berkata...

Sudah tentu warga negeri Sarawak dalam Persekutuan mendapati Undang-Undang Jenayah Sekular Unggul Tanpa Diskriminasi.

Mana Ada Jeritan Qazaf?

https://www.airtimes.my/2018/12/11/jenayah-seksual-seorang-pegawai-tentera-ditahan/