Jumaat, 1 September 2023

SABAH MERDEKA !!!



Hari Sabah disambut kembali selepas 60 tahun

Di samping sambutan Hari Kebangsaan, Sabah hari ini meraikan Hari Sabah, selepas kali terakhir disambut 60 tahun lalu.

Sambutan itu diserikan dengan perarakan kira-kira 500 peserta daripada 100 kontinjen antaranya agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tambunan serta Persatuan Kebajikan Prihatin Sabah dan Sekolah Adat Negeri Sabah.

Kehadiran Unduk Ngadau Kaamatan 2023 Carol Abbey Gail serta enam finalis lain pertandingan diiringi Pengerusi Pertandingan Joanna Kitingan pada sambutan itu turut menarik perhatian orang ramai yang hadir.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, sambutan semula Hari Sabah itu bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu dan pasukan keselamatan dalam memastikan Sabah serta negara aman dan makmur.

“Menyedari akan pentingnya Hari Sabah ini kepada seluruh rakyat, maka kerajaan negeri memutuskan untuk mewujudkan kembali sambutan Hari Sabah di negeri ini dengan Tambunan menjadi tuan rumah tahun ini.

“Keputusan kerajaan negeri mengadakan semula Hari Sabah sebagai memperingati hari yang berakhirnya pemerintahan penjajah Inggeris di Sabah. Sementara Sarawak lebih awal mengisytiharkan 22 Julai setiap tahun sebagai Hari Sarawak,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Sabah di Tambunan hari ini.

Daerah Tambunan terletak di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 75 kilometer ke tenggara Kota Kinabalu.

Hajiji berkata, Hari Sabah diisytiharkan Gabenor British Sir William Goode pada 28 Ogos 1963 di Jesselton, kini Kota Kinabalu, dengan mengisytiharkan Sabah akan mempunyai kerajaan sendiri serta mengguna pakai perlembagaan negeri baharu, berkuat kuasa 31 Ogos 1963.

Beliau berkata, dengan terbentuknya kerajaan sendiri itu, ia menjadi permulaan kepada langkah lebih besar Sabah apabila membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963. – Bernama, 31 Ogos, 2023.


JELAS SABAH

PERNAH MERDEKA

AMIN

JANGAN TUTUP

SEJARAH INI

AMIN

JANGAN DI BULI

OLEH SEMENANJUNG

AMIN

SABAH BOLEH

MNENTUKAN

NASIB SENDIRI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: