Sabtu, 8 Jun 2024

APA SUDAH JADI DENGAN MALAYSIA ?






Hospital sahkan murid sebagai kurang upaya intelektual selepas hukuman, kata peguam

MURID tahun lima yang mengalami strok haba selepas dipaksa berdiri di tengah panas terik selama hampir tiga jam sebagai hukuman, disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) oleh doktor pada Jumaat.

Peguam yang mewakili keluarga murid berkenaan, Dinesh Muthal berkata hospital mengesahkan status kanak-kanak 11 tahun itu sebagai OKU.

“Hospital itu di mana doktor yang merawat kanak-kanak itu sebelum ini sengaja melengahkan penilaian dan kelulusan pendaftaran OKU untuk dua bulan lagi, kini memberi kelulusan (untuk murid itu didaftar sebagai OKU).

“Sekarang kanak-kanak itu dinilai sebagai kurang upaya intelektual.

“Keluarganya akan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melengkapkan pendaftaran anak mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 30 April, murid terbabit dari sebuah sekolah di Ampang dihukum oleh gurunya bersama tiga lagi murid lain. Mereka diarahkan berdiri di bawah matahari terik, iaitu hukuman yang dilarang oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Tiga lagi murid lelaki yang lain dilepaskan hukuman itu lebih awal berbanding mangsa.

Namanya tidak didedahkan kerana masih di bawah umur.

Menurut laporan awal polis dibuat ibu mangsa, beliau mendakwa anak lelakinya diarahkan berdiri di bawah matahari terik dari 10 pagi hingga 12.50 tengah hari, kira-kira tiga jam.

Pada Rabu, keluarga mangsa mendakwa pihak berkuasa cuba menyimpang daripada isu utama, iaitu hukuman dilakukan oleh guru terbabit menyebabkan anak mereka dalam keadaan sekarang.

Siasatan polis kini lebih tertumpu kepada status kanak-kanak itu sebagai OKU yang kini cuba didakwa dialaminya sebelum kejadian, sedangkan sepatutnya fokus isu ini adalah bagaimana mangsa dihukum dan tindakan perlu diambil terhadap guru terbabit, kata mereka.

Sementara itu, Dinesh berkata pihaknya dan jurucakap keluarga itu, Dayalan Sreebanlan menghantar memorandum ke Bukit Aman atas kegagalan pegawai penyiasat menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Dinesh berkata laporan pertama dibuat pada 30 April tetapi tiada tindakan diambil terhadap guru itu hingga kini.

Katanya, pegawai penyiasat tidak cuba mendapatkan rakaman CCTV atau sebarang rekod berkaitan.

“Saksi dalam kes ini, seorang kanak-kanak terdedah kepada suspek oleh pegawai penyiasat di dalam bilik guru besar. Tidak ada alasan untuk pegawai penyiasat mendedahkan saksi kepada suspek.

“Ini menyebabkan seorang lagi guru mengugut saksi dengan meminta murid itu jangan terbabit.

“Akibat kesilatan pegawai penyiasat mendedahkan saksi, suspek sekarang sudah tahu saksi kes itu dan mereka berdua masih berada di sekolah yang sama,” katanya.

Dinesh berkata ketua polis negara perlu menggantikan pegawai penyiasat terbabit bagi memastikan siasatan berjalan lancar, telus dan tepat.

Pada 25 Mei, Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata siasatan mendapati suspek terbabit, seorang guru lelaki  berusia 37 tahun menghukum mangsa dan tiga kanak-kanak lelaki yang lain selama “10 minit”.

Katanya, polis melengkapkan siasatan berkaitan tuduhan ibu mangsa dan kertas siasatan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai khas kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Thiyagaraj Sankaranarayanan di Facebook berkata guru terbabit melanggar Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah 13.

Pekeliling itu mengingatkan sekolah supaya mengelak daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulum serta elak hukuman pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan, cacian di khayalak ramai yang memberi kesan emosi. – 8 Jun, 2024.


NILAI SEKOLAH

MAKIN MEROSOT

AMIN

10 RIBU++ TAK

AMBIL SPM

AMIN

APA DAH JADI

SEMUA INI

DI LUAR TABII

KHALAS

Tiada ulasan: