Sabtu, 8 Jun 2024

CARA JOKOWI BANTU PALESTIN


Jokowi mahu tubuhkan

 hospital sementara di Gaza
JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) merancang untuk menghantar kakitangan perubatan ke Gaza yang dilanda perang, dan menubuhkan hospital lapangan sementara.

Usaha untuk membantu rakyat Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, selepas bertemu presiden di Istana Negara di Jakarta.

Perjumpaan itu adalah bagi melaporkan penyertaan Prabowo baru-baru ini dalam dialog antarabangsa di Singapura, di mana beliau mendedahkan keazaman Indonesia untuk memberikan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada Palestin.

"Saya melaporkan kepada presiden mengenai keadaan semasa di Gaza, dan beliau menyokong penuh pendirian saya, lapor Jakarta Globe.

"Malah beliau mengarahkan saya untuk menubuhkan hospital lapangan dan menghantar kakitangan perubatan kami ke Gaza," kata Prabowo kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Prabowo akan dilantik sebagai presiden pada 20 Oktober, menggantikan Jokowi, yang anaknya, Gibran Rakabuming Raka, akan berkhidmat sebagai naib presiden.

Prabowo berkata Indonesia akan bekerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah, terutamanya Emiriah Arab Bersatu (UAE), dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Kata Prabowo, dalam pertemuan itu, Jokowi turut mengarahkannya menghadiri sidang kemuncak di Jordan, membincangkan konflik di Gaza dan melawat Arab Saudi.

Semasa seminar di Singapura hujung minggu lalu, Prabowo berkata Indonesia bersedia menghantar pasukan pengaman di bawah bendera Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza.

Pada masa sama, Indonesia akan mempersiapkan briged empat batalion selaku pasukan pengaman ke Gaza jika menerima mandat PBB selain memindahkan sehingga 1,000 pesakit untuk rawatan perubatan di Indonesia.

Panglima Angkatan Pertahanan Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto, berkata empat batalion itu terdiri daripada Batalion Sokongan, Batalion Kesihatan, Batalion Jurutera dan Batalion Bekalan dengan keanggotaan mencecah 1,212 orang.

Menurut portal berita Antara, Jeneral Subiyanto menjelaskan Batalion Kesihatan akan dilengkapi dengan keupayaan penjagaan perubatan, termasuk doktor dalam pasukan. - AGENSI

CARA JOKOWI

BERI HOSPITAL

HANTAR ASKAR

KE PALESTIN

AMIN

CARA ANWAR

JUAL HARTA NEGARA

PADA SYARIKAT

ZIONIS  BLACKROCK

AMIN

BUAT TEATER

PURA PURA

SOKONG PALESTIN

KHALAS

Tiada ulasan: