Jumaat, 14 Jun 2024

LAWAK TAHUN INI - KAH KAH KAH


SPRM bertindak secara profesional, bukan alat kerajaan

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM bukan alat kerajaan untuk membuat pendakwaan terpilih sebaliknya bertindak secara profesional, tanpa mengira siapa sama ada pihak pegawai kerajaan, ahli politik ‘government of the day‘ dan sebagainya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata, pihaknya mengambil tindakan yang profesional, tidak mengira siapa sama ada pihak pegawai kerajaan, ahli politik ‘government of the day’ dan sebagainya.

“Apabila ada report (laporan) dan kesalahan, kita akan tuduh di mahkamah, itu saja kerja saya, saya tidak ada selective prosecution (pendakwaan terpilih) di sini,” katanya.

Beliau menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin susulan pendakwaan terbaharu membabitkan anaknya lelakinya pada 5 Jun lalu atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan kerana tindakan kami adalah tindakan profesional, tidak mengira siapa sama ada pihak pegawai kerajaan, ahli politik ‘government of the day‘ dan sebagainya,”:katanya.

Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri sebelum ini mendakwa pendakwaan terbaharu membabitkan anaknya itu sebagai siri perancangan pembunuhan karakter politik yang sebenarnya ditujukan kepada beliau sebagai ketua pembangkang.

“Tak dapat tanduk, telinga dipulas,” katanya turut mendakwa tindakan itu selepas kerajaan melalui pelbagai agensi, gagal mencipta naratif, persepsi dan pertuduhan politik ke atas pemimpin Bersatu, termasuk beliau.

Sementara itu, SPRM katanya akan mengadakan perbincangan bagi meneliti kaedah dalam mekanisme pelaporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam.

Katanya, mekanisme berkenaan perlu diperincikan kerana ia membabitkan pelbagai peringkat dalam perkhidmatan awam.

Justeru, bagi tujuan itu SPRM akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali, serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu.

“Kita akan berbincang dengan JPA dan KSN untuk melihat kaedah dalam mekanisme pelaporan itu kerana bawah undang-undang, khususnya Akta SPRM, ia menjadi kewajipan (untuk melaporkan salah laku dan rasuah)… ini boleh menyebabkan (penjawat awam) dibuang kerja sekiranya didapati bersalah.

Itu undang-undang tetapi dalam perancangan sekarang, kita perlu berbincang dengan JPA dan KSN terlebih dahulu,” katanya

Isnin lalu, Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, mahu supaya tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku serta amalan rasuah penjawat awam di bawahnya tetapi tidak dilaporkan.

Perdana Menteri dipetik berkata, tindakan itu perlu dilaksanakan kerana agak mustahil untuk ketua jabatan atau ketua unit ‘tidak tahu’ atau menutup mata mengenai wujudnya kecurangan dalam pentadbiran masing-masing.

Mengulas lanjut, Azam berkata, saranan disuarakan Anwar itu jelas menunjukkan kepentingan akauntabiliti pada semua ketua jabatan dan unit dalam perkhidmatan awam.

“Sekiranya perkara ini tidak diambil berat, ia akan menyebabkan keruntuhan dalam penjawat awam. Justeru, perlu ada mekanisme pelaporan pada pelbagai peringkat. Ia bukan saja membabitkan ketua jabatan tetapi juga penyelia kerana penyelia ada di banyak peringkat,” katanya. — BebasNews
y

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KETAWA BILA

BACA BERITA INI

KAH KAH KAH

47 KES ZAHID

APA CERITA?

KAH KAH KAH

KES KAPAL PESISIR

APA JADI ?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: