Jumaat, 14 Jun 2024

MATI KEBULURAN



Ribuan kanak-kanak di Gaza kekurangan zat makanan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih 8,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Gaza terpaksa dirawat akibat kekurangan zat makanan sejak tercetusnya perang, Oktober lalu.

Ketuanya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 28 kanak-kanak maut akibat masalah berkenaan dengan sebahagian besar penduduk Gaza kini menghadapi bencana kelaparan.

"Walaupun terdapat laporan peningkatan bantuan makanan, namun sehingga kini tiada bukti bahawa golongan sasar yang paling memerlukan menerima kuantiti dan kualiti makanan yang mencukupi.

"Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dirawat untuk kekurangan zat makanan yang serius.

"Malah kira-kira 1,600 daripada mereka mengalami kekurangan zat makanan yang boleh membawa maut," katanya pada sidang media.

Pada masa sama, Tedros berkata, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsinya berusaha meningkatkan penghantaran makanan di wilayah Palestin yang terkepung.

Namun katanya, disebabkan faktor keselamatan dan kekurangan akses, hanya dua pusat rawatan untuk pesakit kekurangan zat makanan yang serius boleh beroperasi pada masa ini.

"Ketidakupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan selamat, malah lebih teruk kekurangan air bersih dan sanitasi, menyebabkan risiko kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak meningkat.

"Sehingga kini terdapat 32 kematian akibat kekurangan zat makanan, termasuk 28 dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun," katanya.

Tedros berkata, terdapat juga krisis kesihatan yang semakin meningkat di Tebing Barat, malah kekangan terhadap penjagaan kesihatan, dan sekatan pergerakan, menghalang akses kepada perkhidmatan berkenaan.

Katanya, sejak perang Gaza bermula, WHO merekodkan 480 serangan ke atas kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan di Tebing Barat, sekali gus mengakibatkan 16 kematian dan 95 kecederaan di wilayah Palestin.

"Di Tebing Barat, khususnya di Gaza, satu-satunya jalan penyelesaian ialah kedamaian.

"Ubat terbaik adalah kedamaian," katanya. Peperangan Palestin dan Israel yang mula tercetus pada 7 Oktober lalu meragut puluhan ribu nyawa dengan Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Hamas merekodkan sekurang-kurangnya 37,000 orang terkorban dengan majoritinya orang awam.

DIBUNUH WAKTU

KECIK

AMIN

BILA BESAR

JADI GERILA

HAMAS

AMIN

Tiada ulasan: