Jumaat, 14 Jun 2024

MINYAK DUNIA MAKIN MURAH - MINYAK KITA MAKIN MAHAL




Dunia 'terlebih minyak' menjelang 2030 - IEA

PARIS: Dunia berkemungkinan mempunyai lebihan minyak yang besar menjelang 2030 apabila pengeluaran meningkat, manakala peralihan tenaga bersih meredakan permintaan.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporan tahunan, permintaan global dijangka berada pada tahap 106 juta tong sehari (bpd) menjelang akhir dekad ini, manakala kapasiti bekalan keseluruhan boleh mencapai 114 juta bpd.

Ini akan mengakibatkan lebihan mengejutkan sebanyak lapan bpd yang perlu disediakan oleh pasaran minyak, kata agensi yang berpangkalan di Paris itu.


"Memandangkan lantunan semula pandemik semakin reda, peralihan tenaga bersih semakin maju, struktur ekonomi China berubah, pertumbuhan permintaan minyak global semakin perlahan dan dijangka mencapai kemuncaknya menjelang 2030.
"Syarikat minyak mungkin mahu memastikan strategi dan rancangan perniagaan mereka disediakan untuk perubahan yang berlaku," kata Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol.

Jangkaan itu dibuat beberapa hari selepas kumpulan OPEC+ iaitu pengeluar minyak mentah utama memberi isyarat bahawa ia akan mula beralih daripada pengurangan pengeluaran pada musim luruh (antara September hingga November), yang dilaksanakan dalam usaha menyokong harga terhadap kebimbangan permintaan dunia yang lemah.


Dalam laporannya, IEA menyatakan, negara Asia yang pesat membangun seperti China dan India, bersama-sama dengan sektor penerbangan dan petrokimia masih akan memacu permintaan minyak, yang berjumlah 102 juta bdp pada 2023.

Bagaimanapun peralihan ke arah kereta elektrik bersama dengan peningkatan kecekapan bahan api untuk kenderaan konvensional, dan penurunan penggunaan minyak oleh negara Asia Barat untuk pengeluaran elektrik, akan membantu mengehadkan peningkatan permintaan keseluruhan kepada sekitar empat peratus menjelang 2030.

Dalam pada itu, IEA berkata, permintaan dalam ekonomi maju dijangka meneruskan penurunan selama beberapa dekad, turun daripada 46 juta bdp pada 2023 kepada kurang 43 juta bdp pada 2030 - yang terendah sejak 1991, selain semasa wabak.

Pada masa sama, kapasiti pengeluaran minyak nampaknya akan meningkat, diterajui oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain di Amerika, membawa kepada ramalan lebihan lapan juta tong yang mana tahap yang dicapai hanya semasa penularan COVID-19 pada 2020.

Dalam laporan bulanan berasingan mengenai pasaran minyak global, IEA mengurangkan unjuran pertumbuhan permintaan untuk 2024 kepada 960,000 bpd berbanding 1.1 juta bpd dalam tinjauan sebelumnya.

Jangkaannya untuk 2025 juga diturunkan kepada satu juta bpd daripada 1.2 juta bpd dalam laporan Mei

INI BERITA

KURANG BAIK

AMIN

PETRONAS

AKAN KURANG

PENDAPATAN

KERANA HARGA

MINYAK JATUH

AMIN

RAKYAT MAKIN

SUSAH KERANA

HARGA MINYAK

JADI MAHAL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: