Selasa, 17 Jun 2025

BERBILION DUIT DI KELUARKAN - APA JADI DENGAN PROJEK ?

 



Apa Status ‘Parit Gila’? Soal Wartawan Veteran

KUALA LUMPUR, 17 Jun 25 –  A Kadir Jasin meminta kerajaan memberi penjelasan status infrastruktur pengairan atau ‘parit gila’yang dibangunkan kerajaan di kawasan sawah padi untuk menyokong peningkatan produktiviti makanan ruji negara itu

Wartawan veteran itu berkata, pembinaan infrastruktur pengairan sawah padi itu penting bagi penanaman padi lima musim di dalam kawasan Muda.

“Jadi nak tanyalah Perdana Menteri  Anwar Ibrahim, dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan  Mohamad Sabu, sudah banyak mana parit gila (feeder/tertiary irrigation) siap dibina?

“Kerajaan Malaysia Madani sudah lama umum peruntukan RM5.4 bilion untuk meningkatkan produktiviti padi negara,” katanya, dalam hantaran di Facebook.

Tambah Kadir, lebih baik sekiranya kerajaan mengumumkan laporan kemajuan berkala kepada projek berkenaan seperti Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

“Kita tahulah projek pertanian tradisional macam tanam padi tak glamor. Tapi apa guna hidup glamor kalau makanan pun tak cukup,” katanya.

Projek pembangunan infrastruktur pengairan sawah padi itu diumumkan menelan belanja besar oleh Anwar bagi menjadikan tanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di Kawasan Muda satu realiti.

Ia mencontohi model prasarana pengairan di Sekinchan yang merupakan paling lengkap dan terbaik di Malaysia.

Menurut laporan Bernama, penghasilan padi di Sekinchan tertinggi di Malaysia iaitu enam hingga 12 tan metrik sehektar berbanding purata nasional lima tan metrik. @politiko.my

WOIT

5 BILION DUIT

PROJEK 

JENG JENG JENG

APA SUDAH JADI

DENGAN PROJEK?

AMIN

MATI TENGAH

JALAN

JENG JENG JENG

ATAU DAH KENA

REMBAT

KHALAS

Tiada ulasan: