Avocado Anwar, Quinoa Najib’
KUALA LUMPUR, 17 Jun 25 – Langkah kerajaan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import nyata tidak disenangi banyak pihak.
Terbaharu, pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz, mengkritik tindakan kerajaan mengenakan cukai SST sebanyak 5% tersebut bermula 1 Julai depan.
“Janganlah tipu rakyat. Saya amat risau apabila pemimpin menyadurkan penipuan dalam setiap ucapan dan tulisan untuk mempertahankan polisi yang bagi beban kepada rakyat.
“Nak selamat, tipu. Nak senang, pusing jalan cerita,” katanya.
Menurut Adun Puteri Wangsa itu, jika kerajaan mahu rakyat beralih kepada hasil tempatan untuk mengelak cukai, kerajaan perlu terlebih dahulu menjamin bekalan dalam negara mencukupi.
“Bukan salmon dan avokado sahaja seperti yang Menteri Kewangan sebut. Malaysia import daging, cili, halia, kubis, mangga, kelapa, dan banyak lagi. Pisang emas, rambutan, mangga pun kenacukai,” kata Amira, dalam satu kenyataan, merujuk kepada Anwar.
Amira turut membandingkan kenyataan Anwar dengan bekas perdana menteri Najib Razak yang pernah dikecam kerana memilih makanan mewah seperti quinoa.
“Apa beza perdana menteri Anwar dan perdana menteri Najib dulu? Anwar dengan avokado, Najib dengan quinoa,” katanya. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan