Iran tolak rundingan gencatan senjata selagi diserang Israel – Pegawai
DUBAI: Iran memaklumkan kepada pihak perantara, Qatar dan Oman, bahawa mereka tidak bersedia untuk berunding mengenai gencatan senjata selagi negara itu masih diserang oleh Israel.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai yang mendapat taklimat mengenai komunikasi itu kepada Reuters, semalam, ketika Iran dan Israel saling melakukan serangan yang mencetuskan kebimbangan konflik lebih besar.
Menurut pegawai yang tidak mahu identitinya di dedahkan berkata, Iran memaklumkan kepada perantara dari Qatar dan Oman bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan rundingan serius selepas negera itu selesai memberikan maklum balas terhadap serangan awal Israel.
"Iran secara jelas menyatakan bahawa mereka tidak akan berunding selagi masih diserang Israel," katanya.
Jumaat lalu, Israel secara mengejut melakukan serangan ke atas Iran yang mengorbankan barisan tertinggi kepimpinan ketenteraan Iran serta merosakkan beberapa tapak nuklear negara itu dan memaklumkan bahawa kempen ketenteraan itu akan terus diperhebat dalam beberapa hari mendatang.
Iran pula berikrar untuk membuka pintu 'neraka' sebagai balasan, dalam apa yang kini dilihat sebagai konfrontasi terbesar pernah berlaku antara dua musuh ketat itu.
Pegawai berkenaan turut menafikan laporan media yang menyatakan Iran meminta Oman dan Qatar untuk memujuk Amerika Syarikat (AS) menjadi orang tengah bagi melakukan rundingan gencatan senjata dan memulakan semula rundingan nuklear.
Kementerian Luar Iran tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen oleh Reuters, begitu juga dengan Kementerian Luar Qatar dan Kementerian Penerangan Oman.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Oman menjadi perantara bagi rundingan nuklear antara AS dan Iran, namun pusingan terbaharu rundingan itu dibatalkan sehari selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran.
Qatar turut memainkan peranan dalam memudahkan rundingan antara kedua-dua musuh itu sebelum ini, termasuk menjadi perantara dalam perjanjian pertukaran tahanan pada 2023.Kedua-dua negara Oman dan Qatar mempunyai hubungan baik dengan Iran dan AS, selain menjalin komunikasi secara langsung dengan Israel.


2 ulasan:
buat rundingan nuklear x x selesai zionist serang lepas tu ajak runding gencatan senjata pulak!! elok tolak nanti takut kena mohong macam kat mesia kah kah kah jom perang & kat mesia jom turun jalanraya @ turun nuar turun!
jangan percaya trump.. dia nuar versi amerika.. kah kah kah
Catat Ulasan