Selasa, 17 Jun 2025

JATUHKAN ANWAR BLACKROCK



Tidak Masuk Akal Cukai ‘Buah Rakyat’ Import, Kata Ameer Mydin


KUALA LUMPUR, 17 Jun 25 – Langkah kerajaan mengenakan cukai terhadap buah-buahan import yang digunakan rakyat berpendapatan rendah adalah langkah tidak masuk akal, kata Kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

 Ameer Ali Mydin berkata, ia berikutan terdapat buah-buahan seperti  epal, oren, dan pisang yang diimport digunakan sebagai makanan tambahan sihat oleh kumpulan berpendapatan rendah.

“Saya memang tak setuju dan tak masuk akal jika buah asas macam epal, oren, pisang dan lain-lain kena SST. Semua ni makanan (golongan) B40,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Ameer berkata, pengeluaran semasa di Malaysia masih tidak mencukupi sehingga buah-buahan seperti itu perlu diimport.

Pisang, contohnya – memang ada sumber tempatan, tetapi bekalan tidak mencukupi. Sebahagian besar daripadanya juga diimport.

“Pisang ini – sama seperti epal dan oren – dianggap sebagai makanan asas rakyat, khususnya golongan B40.

“Ketika ini walaupun buah-buahan seperti epal dan oren diimport, harganya tidak terlalu mahal dan menjadi pilihan ramai, termasuk golongan berpendapatan rendah,” tegasnya.

Jelasnya lagi, buah-buahan itu sudah dianggap sebagai buah-buahan rakyat dan tidak seharusnya dikenakan cukai.

“Jadi, buah-buahan ini boleh kita anggap sebagai ‘buah-buahan rakyat’ — seumpama istilah ‘ikan rakyat’ yang biasa kita guna.

“Oleh itu, janganlah kita kenakan SST untuk buah-buahan rakyat,” katanya.

Anwar Ibrahim sebelum ini mempertahankan peluasan SST dengan menyatakan langkah itu bertujuan mengenakan cukai kepada golongan kaya dan hanya memberi kesan kepada segmen tertentu.

Ameer bagaimanapun mencadangkan kerajaan membuat penilaian yang lebih teliti sebelum melaksanakan SST dengan mengasingkan buah-buahan yang dikategorikan sebagai “buah rakyat” dengan buah-buahan mewah yang memang hanya dinikmati segelintir orang. @sumber


RAKYAT TAK

ADA PILIHAN

MAKANAN NAIK

HARGA KERANA

DI CUKAI

AMIN

MARI KITA 

JATUHKAN 

ANWAR 

BLACKROCK

DAN SELAMATKAN

NEGARA

KHALAS

Tiada ulasan: