Isnin, 16 Jun 2025

TURUN KE JALAN - JATUHKAN MADANI




Kumpulan pelajar kecam UM halang forum hak berhimpun

Universiti Malaya (UM) dikritik kumpulan pelajar selepas pihak pengurusan universiti itu didakwa menghalang penganjuran satu forum mengenai hak berhimpun dan Akta Perhimpunan Aman pada Ahad lalu.

Forum yang menampilkan aktivis seni Fahmi Reza dan peguam Rajsurian Pillai itu dianjurkan oleh satu gerakan yang dinamakan Liga Mahasiswa, dan pada asalnya dijadual berlangsung di kampus utama universiti di Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Bagaimanapun, menurut penganjur, mereka dimaklumkan oleh polis bantuan UM bahawa forum tersebut tidak dibenarkan diadakan di dalam kampus universiti, dipercayai atas arahan langsung daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM.

“Tindakan ini jelas bertentangan dengan semangat kebebasan akademik dan hak untuk bersuara yang sepatutnya dijamin di institusi pengajian tinggi.

“Malangnya, mahasiswa terpaksa memindahkan forum ke luar pagar Universiti Malaya, pagar yang satu ketika dahulu pernah dirobohkan demi menyambut kehadiran Anwar Ibrahim, simbol perjuangan rakyat ketika itu.

“Namun, ironi sejarah menyapa kita kembali. Hari ini, di era pentadbiran Anwar Ibrahim sendiri, mahasiswa masih terus disekat, dibungkam dan dinafikan hak untuk berwacana secara bebas.

“Reformasi yang pernah dijunjung kini tinggal slogan, apabila universiti menjadi alat kekuasaan untuk menutup ruang-ruang ilmu yang kritikal,” kata Liga Mahasiswa Malaysia dalam satu kenyataan.

UM belum beri maklum balas

Malaysiakini telah menghubungi pegawai komunikasi korporat UM untuk mendapatkan maklum balas.

Tambah Liga Mahasiswa, mereka menuntut supaya Timbalan Naib Canselor UM tampil memberi penjelasan secara terbuka mengenai larangan terhadap forum tersebut dan memberi jaminan bahawa UM tidak akan menekan atau mengambil tindakan terhadap penganjur serta peserta forum berkenaan.

Mereka turut menggesa UM agar menghormati dan melindungi kebebasan akademik dalam universiti.

“Jika ruang intelektual terus disekat, maka universiti tidak lagi menjadi pentas ilmu, tetapi penjara minda.”

NewGen turut kecam keputusan UM

Dalam nada yang sama, satu lagi kumpulan pelajar berasaskan UM yang dikenali sebagai New Generation of Universiti Malaya (NewGen) turut mengecam Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu kerana membatalkan forum malam tadi serta satu lagi program seumpamanya sebelum ini.

Kumpulan itu menyatakan tindakan berkenaan mencerminkan kurangnya ketelusan dan wujudnya kecenderungan yang jelas, yang secara langsung menjejaskan kebebasan akademik, kebebasan bersuara dan autonomi pelajar.

NewGen juga mengkritik keputusan universiti memperkenalkan satu peraturan baharu yang mewajibkan semua badan pelajar melantik seorang penasihat daripada jabatan tersebut, dan memberikan penasihat itu kuasa penuh untuk meluluskan atau membatalkan sebarang program pelajar.

“Ini bukan sekadar soal pembatalan program, tetapi satu bentuk penindasan terhadap suara pelajar dan inisiatif pelajar di kampus.

“Isu utama terletak pada pelaksanaan garis panduan baharu oleh UM, yang mewajibkan semua badan pelajar melantik penasihat dari HEP, dan memberikan HEP kuasa penuh untuk meluluskan semua program, termasuk tempahan tempat di kampus.

“Pelaksanaan garis panduan ini membuka ruang kepada campur tangan pentadbiran dalam hal ehwal organisasi pelajar, dan memberi kuasa kepada HEP untuk membatalkan sebarang program pada bila-bila masa, walaupun tanpa alasan yang munasabah,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Tambah mereka lagi, pelajar UM mempunyai keupayaan penuh untuk mengurus organisasi dan acara mereka secara bertanggungjawab.

NewGen menggesa pihak universiti menarik balik peraturan yang mewajibkan pegawai HEP menjadi penasihat tetap kepada organisasi pelajar, dan mengembalikan semula kuasa kepada Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Pelajar UM (UMSU) untuk meluluskan permohonan program pelajar.


ANAK MUDA

PELAJAR MARI

BERSAMA TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

KITA JATUHKAN

KERAJAAN 

MADANON

AMIN 

 HUMBANKAN

ANWAR ISAP PELIR

DARI PUTRAJAYA

KHALAS

Tiada ulasan: