PAGI INI
PAGI INI
SENIN 16 JUN 2025
PERANG MASUK HARI KE 4
PERANG BELUM REDA
Bom mengebom masih berterusan. Peluru berpandu berdentam dentum. Jelas Iran hebat bukan saja dapat menangkis serang malah peluru berpandu hipersonik Iran meruntuhkan Tel Aviv
Kini ada kawasan Tel Aviv dah macam Gaza. Bangunan runtuh disana sini. Kah kah kah. Padan muka.
TRUMP seperti biasa cakap ini cakap itu. Tapi Trump ini dah jadi barua Setanyahu. Israel mahu Amerika masuk sama mengebom Iran.
ISRAEL tidak ada keupayaan untuk memusnahkan 100% fasilitas nuklear Iran. Israel perlu membawa masuk Amerika berperang sama baru mungkin fasilitas nuklear Iran di musnah.
CUKAI HARGA BARANG
Berita mula tersebar harga bil leterik akan naik. Heboh. Heboh. Heboh. Maka malaon pun menafikan kah kah kah. Ini cara baik sekali – kita gempak dulu bagi Mat Mohong takut. Maka ubah dasar. Amin
Cukai SST – sama sama tenggelam – akan mula. Harga buah import akan kena 5% cukai SST. Jeng jeng jeng.
Anwar Blackrock kata AVOCADO ini makanan elit. Mahal. Tapi pembeli ada duit. Kaki Isap Pelir ini tak tahu di Pasar Chow Kita ada avokado – ini bukan makanan elit. Ini makanan paling berkhasiat untuk semua orang. Harga antara 8 RM ke 12 RM sekilo – bergantung pada musim.
Yang mahal ialah avokado dari Kenya – dari Australia - harga sebiji 3 – 4 RM. Isap pelir pandai pulak. Harga barang tak tahu. Amin.
INDIA
Kotak Hitam ke dua telah di temui dari bangkai Boeing. Siasatan masih berjalan. Kaum keluarga masih menunggu untuk mengambil mayat yang hangus. Hanya dengan ujian DNA baru dapat dikenali.
RUSIA
Mayat soldadu Ukraine yang di simpan oleh Rusia kini dipulangkan. Selama ini Ukraine hanya umum SOLDADU ILANG – kaum keluarga tak boleh dakwa dakwi- tak ada pencen.
AMERIKA
Trump buat teater. Ramal Iran dan Israel akan hentikan perang tidak lama lagi.
GREENLAND
Presiden Macron membuat lawatan resmi ke Pulau Greenland milik Norway. Macron kritik Trump yang mahu ambil pulau ini untuk dijadikan wilayah Amerika.
AMERIKA
Demo NO KING – berjaya – beratus ribu rakyat Amerika di kota besar dan kecil keluar berdemo – anti Trump.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar. Matahari dah keluar cahaya lemah. KL & KL Sentral berkabus tebal. Bangunan 118 diliputi awan. Kemarin petang jam 6 hujan guruh petir datang. Panas terik di sambut oleh Hujan Rahmat.
Pagi ini Hujan Subuh sampai. Hokkien lecah. Lopak air disana sini.
Di pintu masuk Jantan berkokok. Gua nampak dia terbang rendah lari bila gua mendaki bukit. Dari jauh gua dengar suara Tekukur.
Abang Potong Rumput di kelilingi oleh Tiong. Wow ! Ramai Tiong loncat meloncat atas batu nisan menunggu rezeki.
Hari ini gua rasa akan panas dan nyaman. Tapi langit mendung ini boleh sekali lagi membawa hujan. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN
Pergi ke pasar beli petai
Kayuh basikal berulang alik
Cukai SST akan sampai
Harga barang meledak naik
Pohon rendang lagi permai
Duduk makan satay Kajang
Mat Mohong di benci rakyat ramai
Mari bersama kita terajang
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:
Orang tua, orang lama masih mengatakan zaman penjajah lebih baik, lebih teratur lebih sistematik, penjajah pun curi hasil bumi, curi hasil negara untuk mereka, tetapi memastikan semuanya teratur supaya hasil bumi dikeluarkan seperti bijih timah, getah, keluaran hasil bumi semuanya dikaut dibawa pulang ke London, ini tugas hakiki penjajah, tetapi penjajah sekarang semakin sukar, terus bohong terus menipu terus menghambat rakyat setiap masa, pemimpin guna agama bangsa keturunan ketuanan untuk terus merompak segala khazanah bumi dan kemudian meninggalkan hutang trillion kepada rakyat, bagi menampung kecurian mereka cukai harga dinaikkan dengan kerjasama kapitalis monopoli perdagangan segalanya dihalalkan dengan ayat-ayat suci ayat-ayat lampau ditayangkan dipamerkan sebagai syumul kah kah kah tetapi apakah daya keterampilan majoriti rakyat masih berpihak kepada mereka kerana sanggup ditipu siang malam semuanya atas sentimen kaum agama kebudayaan kesenian masyarakat setempat kah kah kah nanti cakap banyak terus mohong lagi kah kah kah
Catat Ulasan