Isnin, 16 Jun 2025

RUSIA HANTAR MAYAT PULANG





Russia serah 1,200 mayat tentera Ukraine

KYIV: Ukraine menerima 1,200 mayat anggota tenteranya yang terkorban dalam perang dengan Russia.

Tindakan itu sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan perang dan mangsa yang terkorban, menurut pegawai Ukraine hari ini.

Setakat beberapa pertukaran sepanjang tempoh bulan ini, Ukraine membawa pulang lebih 4,800 mayat, kata pegawai berkenaan.

Ia adalah antara pemulangan terbesar mayat anggota tentera sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Agensi berita rasmi Russia, TASS dan RIA, turut melaporkan penyerahan berkenaan, namun menyatakan bahawa Moscow tidak menerima sebarang mayat anggota tenteranya sebagai balasan.

"Sebagai sebahagian daripada perjanjian di Istanbul, proses repatriasi mayat mangsa yang terkorban diteruskan.

Hari ini, pihak Russia menyerahkan 1,200 lagi mayat kepada Ukraine," kata Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov.

"Fasa penting dan penuh tanggungjawab menanti iaitu proses pengecaman. Ini adalah usaha yang rumit dan sensitif, namun akan memberikan peluang kepada setiap keluarga untuk memperoleh jawapan," kata Umerov yang mengetuai delegasi Ukraine dalam rundingan di Istanbul.

Ini adalah penyerahan keempat dalam siri pemulangan mayat anggota tentera yang berlangsung sepanjang minggu lalu, selaras dengan perjanjian yang dicapai antara Russia dan Ukraine dalam rundingan di Istanbul awal bulan ini.

Kyiv dan Moscow bersetuju untuk menyerahkan sehingga 6,000 mayat masing-masing serta menukar tahanan perang yang sakit, cedera parah, dan berusia bawah 25 tahun.

Setakat ini, Russia hanya melaporkan menerima 27 mayat anggota tenteranya.

Ukraine dan Russia melaksanakan tiga pertukaran tahanan perang setakat ini, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar yang terbabit.


BERTUKAR 

MAYAT

APAKAH INI

PRMULAAN 

UNTUK DAMAI

KHALAS 

Tiada ulasan: