Khamis, 28 Julai 2011

SEBELUM KE PILIHANRAYA KITA KE JALAN RAYA




BEBASKAN TAHANAN POLITIK





MIC GESA KDN BEBAS ENAM DITAHAN BAWAH ORDINAN DARURAT - minsider

Timbalan Presiden MIC S Subramaniam mahu Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli Parlimen Sungai Siput di bawah Ordinan Darurat sejak awal bulan ini.

Subramaniam berkata, sehingga kini polis belum lagi menunjukkan bukti yang meyakinkan berhubung alasan menahan keenam-enam mereka kononnya mahu menggulingkan kerajaaan.

“Malah ada petanda-petanda mengelirukan bahawa mereka ditahan kerana pembabitan dalam Bersih.

“Bagaimanapun mereka ditahan lebih awal, dan kebanyakan mereka yang terlibat dalam (perhimpunan) Bersih tidak pula ditahan dan mereka yang ditahan juga sudah pun dibebaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu kata beliau, polis sewajarnya mengkaji balik penahanan mereka dan jika perlu hadapkan mereka di mahkmah.


Kata beliau tindakan pihak berkuasa itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia dan justeru, perkara tersebut perlu ditangani dengan baik.
Gesaan agar mereka dibebaskan telah diketengahkan oleh banyak pihak.



NOTA:
lihatlah betapa hebatnya
gerakan jalan raya

kini telah berlaku krisis
dalam gerombolan
kini mat mongol sedang diasak oleh malikul

lihat betapa hebatnya impak
turun ke jalan raya
kini telah berlaku krisis
dalam barisan nasional sendiri

mic telah berani bersuara
suara mic ini adalah suara menyokong bersih
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

samy vellu dan madey tarak ulas apa-apapun pasal bersih!! dah buang tebiat nak mampus ke diorang tu??? kah kah kah.. atau mmg dah sokong rally?? kah kah kah