MOU – BELI MASA
Mat Teram dapat banyak kutukan dan kritikan. Kutukan datang dari MAGA – Teram di kutuk keranA buat MOU dengan Iran.
Maka MENTERI PERANG cuba menapis dan beri tahu bahawa : MOU INI HANYA UNTUK BELI MASA... AMERIKA ADA PELBAGAI MAINAN LAGI.... jeng jeng jeng
Ertinya lepas bulan November IRAN AKAN DI SERANG.
Masa ini Mat Teram perlu harga minyak tidak naik – harga barang tidak naik – kerana bulan November ada pemilihan ahli Dewan Senate – kalau majoriti DEMOKRAT MENANG Mat Teram hadapi masalah besar.
MAT TERAM AKAN DI PECAT ? kah kah kah – amin
HOKKIEN
Pagi ini gua baru berjalan nak masuk ke Hokkien gua dengar suara Murai dan Terkukur - Aduh pagi yang indah.
Pagi ini basah sejuk – kemarin ujan sekejap – Matahari bercahaya merah dah muncul – cahaya masih lemah langit berawan putih – KL & KL Sentral berkabus nipis.
Di Pintu Masuk Jantan Luka muncul dengan dua Gundik – lalu gua beri Friskies – Jantan Luka ini amat ganjil – Dia akan menjerit dulu bila gua buka beg – ini tanda terima kasih.
Pagi ini takda sapa ikut gua ke Wakaf Tiga kecuali Tak Tak – pulang ke Wakaf Satu Ibu Garang dan Ibu Itam dah menunggu – Tiong Laki Bini datang berlabuh – Gua beri mereka Friskies.
Berjalan pulang Ibu Itam mengekor – kemudian muncul Siti – mereka dapat makanan. Siti takut dengan Bi Itam – lalu ikut gua ke Pintu Keluar – gua beri Siti nasi dan debu daging.
Ketika gua mengetik – cahaya matahari belum bersinar – tapi pasti panas sampai – malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT PAGI
HARI KHAMIS
BRO
Lu jangan hanya cakap nak buat baik. Buat dan lakukan.
BRO
Hari ini lu wajib pastikan lebih baik dari kemarin.
BRO
Yang terbaik mungkin tidak terjadi – yang penting apa respons lu. Amin
LAKUAKN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MEMAKI BAJU BATIK