Khamis, 8 Disember 2011
ANAK ANAK MUDA BANGUN DAN LAWAN
HANYA SATU JAWAPAN - LAWAN!
AKTIVIT SMSL 1211 - DEMI ANAK CUCU KITA
Kenapa aktiviti ini diberi nama 1211?
Jika kita campurkan ke empat angka dalam nombor ini, maka jawapannya ialah 5.
Apa significantnya angka 5?
Dalam Artikel 5 di bawah Perlembagaan Negara Malaysia, semua rakyat mempunyai hak untuk hidup dalam suatu alam sekitar yang sihat dan bebas dari pencemaran . Ia lebih dikenali sebagai hak hidup! Ia juga merupakan sesuatu yang kerajaan harus bertanggungjawab memjamin dan memperliharanya.
Dengan adanya kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, maka hak asasi ini yang termaktub di dalam perlembagaan pasti terjejas dan terancam!
Keadaan ini akan menjadi kenyataan apabila kilang Lynas mula beroperasi. Sisa-sisa toksik yang dihasilkan dalam beribu-ribu ton itu bukan sahaja akan mencemari udara, air dan tanah bahkan seluruh alam sekitar. Dengan secara langsung ia telah mencerobohi hak kita . Kita harus bersama-sama bertindak untuk mencegahnya dari terus merosakkan kualiti alam hidup kita!
Di sini biar kita ulangi pendirian kita. Kita tidak membantah pemerosesan nadir bumi.Kami hanya mahu alam sekita kita tidak digadaikan demi faedah ekonomi segelintir individu.
Hak asasi bawah Artikel 5 di dalam perlembagaan kita harus dijunjung tinggi oleh semua pihak.
Kami menyeru semua penduduk yang tinggal dalam lingkungan 35km di kilang LAMP ini supaya berwaspada dan perihatin tentang kesan yang akan menimpa anak cucu mereka jika sisa buangan yang toksik dan beradioaktif ini di biarkan tikeliling tempat tinggal kita.
Sebarang alasan yang diperkatakan demi faedah ekonomi untuk merasionalkan pembawaan masuk industry toksik sedemikian memang tidak boleh diterima.Dengan mengadaikan kesejahteraan rakyat demi faedah ekonomi adalah suatu penganyiaan besar!
Biar kita semua sedar tentang fakta dan hakikat ancaman keatas hak hidup kita! Aktivit 1211 ini membolehkan kita semua bersuara bersama serta menyampaikan sesej yang jelas keapda pihak-pihak berkenaan tentanh tanggungjawab mereka memperlihara alam sekitar yang sihat bukan saja untuk diri kita bahkan untuk anak cucu kita!
Aktivit 1211 ini juga merupakan aktiviti penutup SMSL untuk tahun ini. Adalah diharap semua penduduk akan turut serta mengambil bahagian dalam aktivit keluarga ini. — Hijrah Ahmad
ANAK ANAK MUDA BANGUN DAN LAWAN!
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
memang Laknatullah puak gerombolan penyangak ni!!!
dahlah Lynas dia bagi kilang bukak kat sini dapat 12 tahun pengecualian cukai plak!!!
lepas 12 tahun, untung pun dah banyak, Lynas pun blah...
yg tinggal Kg Radioaktif!!!!
ABU
Catat Ulasan