Assalamu’alaikum waramatullahi wa barakatuh.
Saudara saudari pengundi sekelian,
Dalam masa kurang dari 48 jam dari sekarang, kita akan melalui satu
proses demokrasi bagi menentukan parti manakah yang akan memegang
tampuk pemerintahan negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Pada penghujung tempoh berkempen ini, saya yakin saudara saudari
telah menerima pelbagai bentuk maklumat mengenai tawaran-tawaran
dari Barisan Nasional mahu pun dari Pakatan Rakyat, sama ada melalui
media arus perdana atau media baru seperti Facebook, Blog, Twitter dan
sebagainya.
Berdasarkan perkembangan kempen selama dua minggu ini, maka saya
dengan rendah hati merayu agar saudara saudari sekalian dapat mengundi
calon-calon Pakatan Rakyat. Jika di Dun/Parlimen itucalon PAS, maka
undilah PAS. Begitulah di mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding,
undilah PKR dan di mana ada calon DAP, maka undilah DAP.
Atas semangat pemuafakatan tahaluf siasi, PAS, PKR dan DAP sedia
menjadi pilihan terbaik dari apa yang Barisan Nasional lakukan selama
55 tahun memerintah Malaysia.
Justeru PAS sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan
politik Islam, sudah tentu PAS tidak akan berganjak seinci pun dalam
memelihara kesucian agama Islam. Atas penegasan ini, maka PAS sedia
menawarkan peranan yang lebih besar bagi menjamin kedudukan Islam
sebagai agama Persekutuan. PAS sedia memastikan kedudukan Islam
dimartabatkan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan
Negara. Ini telah dibuktikan sepanjang sejarah perjuangan PAS sejak
dari dahulu lagi––PAS tanpa rasa kekok atau apologetik––PAS sentiasa
meletakkan kesucian Islam pada kedudukan yang paling tinggi di dalam
perjuangan kami.
Saya dengan ini, memberi jaminan seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat
menguasai Putrajaya, maka PAS akan terus menjunjung kemuliaan Islam
dan memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai tunjang kepada
sistem Raja Berperlembagaan. Hal ini penting, tatkala Sistem Beraja
dicabar oleh beberapa pindaan Perlembagaan sejak 80-an lagi, PASlah
satu-satunya parti yang konsisten di dalam mempertahankan sistem
Raja Berperlembagaan ini di hadapan rakyat. Natijahnya, PAS sedia
memastikan institusi Raja terus disanjung, seiringan dengan kedaulatan
Raja-Raja Melayu sebagai institusi bersejarah di tanah air tercinta ini.
Oleh itu PAS akan terus memelihara keluhuran Perlembagaan sebagai
undang-undang dasar yang paling tinggi di dalam sistem pemerintahan
Negara, dan tidak rela perlembagaan itu dimanipulasikan oleh mana-
mana pihak demi agenda politik tertentu. Tekad PAS adalah untuk terus
menjuarai usaha-usaha untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak
rakyat, khususnya orang Melayu dan kaum Bumiputera sebagaimana
termaktub di dalam Perkara153 Perlembagaan Malaysia. PAS tidak akan
segan silu untuk menjadi jurubicara rakyat dalam Perkara ini, dan dalam
masa yang sama, memberikan hak-hak yang adil dan saksama kepada
seluruh kaum-kaum lain sebagaimana peruntukan yang ada.
Akhir sekali, saya memberi jaminan bahawa PAS akan terus berjuang
untuk membebaskan penjawat awam dari cengkaman politik dan
mempastikan tiada seorang pun kakitangan awam menjadi mangsa
politik walaupun mereka mempunyai kefahaman politik yang berbeza.
Kita memberi jaminan bahawa tidak ada seorang pun penjawat awam,
termasuklah 15,000 kakitangan KEMAS dan 10,000 kakitangan JKKK di
seluruh negara yang akan dibuang kerja jika Pakatan Rakyat memerintah
negara selePAS PRU-13 nanti.
Undilah PAS. Undilah calon-calon Pakatan Rakyat.
Ini kalilah! Ubah!
Kekal Kelantan Ubah Putrajaya.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
merangkap Menteri Besar Kelantan
Jumaat, 22 Jamadil Akhir 1434 bersamaan 3hb Mei 2013.
10 ulasan:
Allahyarham P ramlee dah lama dari dulu lagi pilih PAS menerusi mesej dalam filem laksamana doremi,
lihat video dalam blog
http://klakka-la.blogspot.com/
atau dalam youtube
http://m.youtube.com/watch?v=8zSSTiV6mVk
Selamat mengundi pakatan rakyat!
Reformasi! Ini kalilah! Ubah!
-average joe-
klakka-la.blogspot
"kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai tunjang kepada
sistem Raja Berperlembagaan"
ISLAM DENGAN RAJA? MACAM TAK KENA AJE?
BETUL KE PAS PERJUANGAN ISLAM TULIN?
MAI HABAG SIKIT KAT AKU...
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Pergi mampos lah lu...!!!!
Otak tak BERSIH penuh dengan NAJIS..
Saya bukan orang BARISAN atau berpihak kemana mana Parti.
Aku manusia yang suka keaamanan..!!
LU balik Malaysia buat kacau bilau aja..
Terang terang aku cakap, MUKA beruk pajat pokok kelapa lagi cantik dah jernih dari muka serabut kau..
BERSIH konon.., Hati penuh dengan hasat dengki dan sengaja mahu mengucar kacirkan Negara ini...
1.ish!!pengarah penerangan pas kelantan sendiri menyeru anak kelantan jangan undi pas!
2.itulah padahnya gadai islam!!
3.nampak zuhud!!harta berjuta!!
Ameen.
Mikey....nak keamanan...tombangkan kerajaan BN@syaitan yang d kenali dlm keamanan yg ko kecapi ni banyak sampah@taik d simpan d bawah permaidani tau atau ko memang anjing haramjadah BN..
tu 'mikey' mouse dah bersuara...sebijik cm kartun.
Islam dengan raja macam tak kena aje? Apa pasal? Tak faham? Atau susah sangat nak faham? Agaknya beginilah jadinya bila asyik membaca buku2 sosialis atau kominis! Islam tidak pernah memerangi raja2 yg adil dan yg berdamai dgn Islam. Kalau fahaman Islam kamu sempit memang beginilah hasilnya. Kesian. Moga2 kamu mendapat hidayah. Insyaallah...
Jangan lupa makan ubat sakit jiwa yg doktor kamu kat Hospital Bahagia bagi kat kamu tu. Kalau tidak kamu akan ditangkap balik dan dihantar semula ke Tanjong Rambutan!
Catat Ulasan