Sabtu, 20 Julai 2013

PENGUNDI HANTU AKAN DATANG KE KUALA BESUT




 KOMENTAR TUKAR TIUB
apa makna berita  di bawah ini 

maknanya ada pengudi hantu dari luar
akan dibawa masuk

ingat tak?
tahun 2000 bulan november
ada di prk di lunas kedah
saifuddin nasution dari KEADILAN NASIONAL bertanding

samy veloo nak bawa 400 pengundi hantu
pengundi hantu datang naik bas
dari luar lunas

bas-bas telah  di tahan oleh
pasukan anak muda keadilan
dan dibawa ke rumah pasong

hasilnya saifuddin menang
dengan majoriti kecil
kerana pengundi hantu dikepong
dan tidak dapat mengundi
kalau pengundi hantu dapat mengundi
pasti saifuddin akan kalah

kali ini
pengundi hantu dari luar akan digunakan
laporan berita ini membuktikan bahawa
projek pengundi hantu sedang dirancang

jika tidak ada rancangan nak bawa masuk pengundi hantu
mengapa perlu polis membuat persediaan

jadi 
laporan berita ini  bertujuan untuk memberitahu aktivis pas 
untuk beri amaran pada aktivis pas 
bahawa polis akan bertindak
jika mereka mengepong bas
yang datang membawa pengundi hantu



DARI ARKIB
Keadilan menang pilihan raya kecil Lunas
KULIM 29 Nov. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) memperoleh kerusi tunggal di Dewan Undangan Negeri Kedah apabila calonnya menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas hari ini
.
Calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, 37, memperoleh 10,511 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), S. Anthonysamy, 59, mendapat 9,981 undi
.
Calon bebas, N.Letchumanan, 46, yang meraih hanya 50 undi, sekali lagi menerima nasib seperti pilihan raya umum lepas apabila hilang wang pertaruhan.

Ini bermakna majoriti yang diperoleh Saifuddin Nasution sebanyak 530 undi. Sebanyak 204 undi rosak.


PDRM tubuh pasukan khas tangani isu pengundi hantu, tahan bas

KUALA BESUT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan pasukan khas bagi menangani isu 'pengundi hantu' serta penahanan bas penyokong sekiranya berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pada 24 Julai.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid, berkata meskipun belum ada insiden sedemikian dilaporkan, namun pihaknya bersedia menangani isu tersebut melalui pasukan khas berkenaan. 

"Kita ada pasukan khas yang akan menangani isu tersebut dan jika insiden seperti itu berlaku tindakan segera akan dikenakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 


-------

2 ulasan:

DDKB berkata...

Asal nama salleh saja di pulis ni mesti setia dan tegas dia tahap gaban kan......ini mesti minum susu kuda ni....berkudeta saja dia mao mangampuuuuu...hampeh.

Tanpa Nama berkata...

tak perlu pengundi hantu di k besut...dah ada kem askar