Rabu, 24 Februari 2016

HANYA ADA SATU SOALAN




HANYA ADA

SATU SOALAN:

KENAPA TIDAK

SAMAN WSJ


Menteri dedah laporan tidak bertanggungjawab WSJ

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak mengenai apa yang beliau sifatkan sebagai kewartawanan tidak bertanggungjawab oleh Wall Street Journal:

Petikan:

1. Serangan berterusan The Wall Street Journal (WSJ) ke atas Malaysia dan Najib adalah berdasarkan dakwaan yang tidak berasas dan sumber tanpa nama yang mungkin tidak langsung wujud, merupakan contoh klasik kewartawanan tidak bertanggungawab yang ekstrem. Ia menjadi semakin jelas bahawa WSJ telah membenarkan dirinya untuk digunakan sebagai saluran bagi kempen Anti-Najib.

2. Artikel mutakhir yang membangkitkan dakwaan lama mengenai siastan Switzerland ke atas kononnya syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB, tetapi gagal untuk menyebut fakta bahawa Peguam Negara Switzerland telah menjelaskan bahawa Najib tidak terlibat langsung.

3. Mereka mendakwa kononnya “Seorang pegawai Saudi berkata kementerian kewangan dan kementerian luar negara itu tidak tahu menahu mengenai derma berkenaan dan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi seorang pemimpin asing tidak pernah berlaku sebelum ini" - langsung tidak mempedulikan hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang derma itu memang datang dari negaranya!

4. Kenapa WSJ tidak menghiraukan butiran penting seperti ini, yang amat mustahak terhadap mana-mana laporan tidak berat sebelah mengenai berita ini? Sebab mereka tidak berminat untuk menjadi tidak berat sebelah, apatah lagi untuk mematuhi etika dalam kewartawanan. Mereka amat komited - sama ada untuk ditipu atau kerana mahu mengikut agenda mereka sendiri - bagi memburuk-burukkan Malaysia dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

5. Dan WSJ bergantung kepada siapa sebenarnya untuk mendapatkan maklumat mereka? Mereka mendakwa kononnya mendapat tahu daripada "seorang menteri kabinet," "seorang pegawai Saudi" dan versi ekstrem laporan Ketua Audit Negara "tahun lepas" yang mereka dakwa dibocorkan kepada mereka. Di mana bukti semua ini? Bagaimana untuk kita tahu yang orang berkenaan wujud? Bagaimana kita tahu bahawa laporan itu tulen dan bukan palsu? - Tiewnama

HANYA ADA

SATU CADANGAN

PINDAHKAN

PENGARANG WSJ

KE PEJABAT PM

KAH KAH KAH



--------------

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Memang nak saman WSJ, tapi tunggu hari selasa .. selasa hari istimiwa, hari dimana jin berkumpul .. hari dimana Zamihan tuang kerja sebagai pentadbir Jakim, untuk ambil upah tangkap jin .. hari di mana ostad baca doa 20 juzuk untuk salut air dengan doanya .. kali ni saman Najib pada WSJ akan disalut doa tersebut .. siap kau WSJ Si Kapir Laknat.